Hak Cipta Terpelihara. Sebarang usaha untuk memplagiat adalah dilarang sama sekali. Pendidikan Jasmani & Kesihatan: Tugasan PSK 3103
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur
INFO SEMASA

Kursus Penyebaran Bahan KSSR PJ Thn 3 (9-12 Julai 2012 SMJK Yoke Kuan,Sekincan.


Pemantauan Bilik Pendidikan Jasmani dan Sukan
Isnin 25 Jun 2012 :>

Sukan Tahunan ke 41
SMK Seri Bedena
Mesyuarat Guru Kali Pertama
Sabtu 15 Disember 2012

Kursus Penyebaran Bahan KSSR Tahun 3(27 Disember 2012)


Monday, June 6, 2011

Tugasan PSK 3103

TUGASAN PROJEK /KERJA KURSUS PENDEK


TAJUK PROGRAM :PGSR NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN PSK SEMESTER : 5

TARIKH MULA 2011 TARIKH HANTAR 2011



Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menjelaskan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan
2. Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
3. Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
4. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang berkesan.
5. Melaksanakan pengajaran mikro dan makro berdasarkan kemahiran yang dipelajari..


Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Merancang satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan sukatan PSK tahun 4,5 dan 6 serta mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dengan baik.(jangan buat dulu )
2. Menghasilkan bahan power point sebagai sumber pengajaran mengikut kreativiti pelatih dan menggunakannya semasa pengajaran mikro dan makro.
3. Menulis refleksi selepas sesi pengajaran mikro dan makro dengan jelas

Tajuk Projek / Kerja Kursus Pendek (100%)
Sebagai guru pelatih PSK anda dikehendaki mendalami dan memahami huraian sukatan pelajaran secara mendalam dan mampu menggunakannya semasa pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik bagi menghasilkan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Penggunaan sumber pengajaran yang kreatif secara cekap dapat membantu meningkatkan kemahiran di samping membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.








Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
Tugasan A: Individu (esei) (40 markah)( 5 muka surat saja )
1. Anda dikehendaki memilih satu kaedah/teknik atau strategi dan huraikan latar belakang serta ciri-ciri kaedah/teknik/strategi tersebut.
2. Anda juga dikehendaki menjelaskan cara aplikasikan kaedah/teknik atau strategi yang dipilih bagi satu tema/tajuk yang dipilih dari sukatan pelajaran/huraian sukatan pelajaran Tahun 4,5 dan 6 secara terperinci.
3. Anda boleh jelaskan aplikasi kaedah/strategi/teknik dalam bentuk Rancangan Pengajaran Harian
4. Rujuk pelbagai sumber seperti buku teks, jurnal, akhbar, risalah dan bahan elektronik bagi mengukuhkan hasil perbincangan esei anda

Tugasan B (30 markah)( buat powerpoint )individu ( masa 30 minit )
Merancang satu RPH secara individu berdasarkan sukatan dan huraian pelajaran PSK tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan tajuk/ tema yang ditetapkan serta melaksanakan pengajaran mikro selama tiga puluh berdasarkan format RPH PSK
(Tugasan A + B di binding bersama) powerpoint 4 keping satu muka surat, burn dlm cd )

Tugasan C : Secara kumpulan (15 markah) ( masa 1 jam )
Merancang satu RPH secara berkumpulan berdasarkan sukatan dan huraian pelajaran PSK tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan tajuk/ tema yang ditetapkan serta melaksankan pengajaran makro selama satu jam berdasarkan format RPH PSK.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Tugasan A dan tugasan B adalah berbentuk tugasan individu. Manakala tugasan
C ialah tugasan Kumpulan.
2. Bagi tugasan C anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3
hingga 4 orang dalam satu kumpulan serta merancang dan melaksanakan pengajaran makro selama satu jam
3. Bagi tugasan A anda boleh berusaha secara kolaboratif semasa mengumpul maklumat dan semasa menyiapkan tugasan
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i) Font Arial
ii) Saiz huruf ialah 12
iii) Langkau satu setengah baris
iv) Rujukan mengikut format APA (American Psychological Assosiation)
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini membawa markah 100%












Tugasan A dan tugasan B yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh dan konsisten
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
i) Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
ii) Kaedah pembelajaran yang dipilih mestilah merangkumi salah satu atau kombinasi kaedah/teknik/ strategi berikut di bawah:

• Masteri
• Kecerdasan Pelbagai
• Koperatif
• Kolobratif
• Konstruktivisme
• Kontekstual
• Inkuiri Penemuan
• Pembelajaran Berbantukan Komputer
• Kajian Masa Depan
• Theory of Constraints (TOC)

3. Segala pernyataan dalam penulisan perlu dinyatakan sumber maklumatnya dengan menggunakan format yang betul.
4. Tugasan A mestilah tidak melebihi lima mukasurat dan sertakan gambarajah atau grafik yang bersesuaian dengan kaedah/strategi atau teknik yang sesuai.

5. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy (CD).

6. Tugasan A, tugasan B dan tugasan C membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberi bagi tugasan individu dan tugasan kumpulan.



Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh



_______________________ _______________________

( Dr Malar Muthiah ) ( )








Perincian Tugasan:

Kulit Muka Depan
Sekapur Sireh
Isi Kandungan
Esei A
a) Pengenalan/Latarbelakang
b) Definisi
c) Ciri-ciri
d) Contoh RPH PSK yang gunakan teknik @ strategi tersebut ( part mana )
e) Rumusan
f) Bibliografi

RPH Mikro Teaching B
Lampiran
Powerpoint
Soft copy Keseluruhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJK

esei PJM 3112

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Program Kesihatan Sekolah
 
Penafian: Pihak Admin adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Admin. Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas. Terima Kasih........................