Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Monday, September 22, 2014

Bitara Hoki Slot 7: Keselamatan Permainan Hoki


Keselamatan Permainan Hoki


KESELAMATAN -
1. KAWASAN BERMAIN
Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya.

v Permainan hoki mestilah dijalankan di atas gelanggang hoki yang telah disediakan.
v Pastikan tiada sebarang batu-batu kecil atau lubang pada permukaan gelanggang untuk mengelakkan pemain terseliuh atau tersadung.
v Gelanggang hoki hendaklah rata supaya bola hoki dapat bergolek dengan baik
.



2. PERALATAN DAN PEMAKAIAN
Pakaian hendaklah sesuai dengan aktiviti dan kasut sukan mestilah dipakai untuk mengelakkan kecederaan pada kaki. Sebagai langkah keselamatan, pemain hendaklah menepati garis pandu pemakaian dalam permainan hoki seperti:

Untuk pemain biasa:

v Kayu hoki – yang memenuhi syarat
v Shin guard – menutup buku lali sehingga ke paras lutut
v Kasut hoki yang bersesuaian dan mengikut saiz kaki pemain
v Stokin sukan panjang
v Jersi
v Seluarpendek/ skirt/ track

Untuk penjaga gol:

v Helmet
v Chect pad (pelapik/ penahan dada)
v Hand protecter
v Kickers dan Leg guards
v Groin protecter (untuk lelaki)
v Pelvis protecter (untuk wanita)
v Seluar penjaga gol
v Throat guard
v Kayu penjaga gol

Sebelum memulakan permainan, beberapa aspek tentang peralatan permainan perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan pemain terjaga. Contohnya alatan itu mestilah:

v Berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak supaya alat tersebut dapat berfungsi dengan baik.
v Bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan pemain.


No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan