
SEGAK – STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
APAKAH
SEGAK?
# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN
AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL
YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN
SEGAK
1. NAIK TURUN
BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1
MINIT )
3. RINGKUK TUBI
SEPARA
4. JANGKAUAN
MELUNJUR
UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN
1 - NAIK TURUN BANGKU
(3
MINIT)

TUJUAN
: MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
-
Murid memakai kasut sukan yang sesuai
-
Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau
kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
bangku.
-
Penguji akan memberi isyarat “mula”
-
Murid melakukan pergerakan naik dan
turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan
kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
-
Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome - 96
detik/minit selama 3 minit
-
Selepas tamat murid dikehendaki duduk
serta merta
-
Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
3 minit,
skor murid ini dibatalkan#
UJIAN
2 - TEKAN TUBI LELAKI
(1
MINIT)

TUJUAN
: MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
dan jari-jari kaki. Badan
diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN
(1 MINIT)
PEREMPUAN

TUJUAN
: MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
lutut yang bengkok. Kaki
bersilang.
Badan diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1
MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR
DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan tumit dan kaki
sentiasa menyentuh
lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari menyentuh bahagian
luar pelekat
pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar
pelekat kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari
tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4)
sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan
ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN
4 - JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN
: MENGUKUR FLEKSIBILITI
PROSEDUR
- Murid duduk
melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di
letak di belakang penanda 23
sentimeter.
- Kedua-dua kaki
lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan
kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita
pengukur.
- Jangkauan
hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga
percubaan berturut-turut.
– Percubahan
terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu
merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang
membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
very useful site. thank you.
ReplyDelete