Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Monday, September 22, 2014

Bitara Hoki:Slot 2: Pakaian Pemain



PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN
                   Pemain-pemain
a.                 Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian  
jersi bernombor yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka.
b.                 Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh
membahayakan pemain-pemain lain.

Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.


Penjaga gol
                  
a.                 Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi
sebarang pelindungan  bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ii hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.

b.                 Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective
Headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan) penalti strok.

Peralatan perlindungan kepala yang sesuai:helmat  perlindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. perlindungan kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan  hoki ais biasanya memenuhi keperluan kebanyakan penjaga gol.Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk menutup badan ,tangan ,siku ,peha ,lutut ,dsb.) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan perlindungan yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga  gol:Pelindung tubuh ped kaki ,penendang (kickers),sarung tangan ,dan pelindung untuk bahagian peha ,lengan (upper arm) lengan (forearm)dan siku.

c.                  Ped , penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar
mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan.
d.                 Ped : maksima semasa di pasang kepada kaki penjaga gol
ialah 300mm.
e.                  Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa
diletakan di atas permukaan yang rata dan menghala keatas; panjang maksimum 355 mm,diukur dari bawah ke hujung . Tiada pengubahsuaian tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang .




maklumat lanjut mengenai pakaian pemain sila klik sini





No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan