SEJARAH OLAHRAGA
Adalah sesuatu yang lumrah dan semula
jadi bagi manusia sejak bertahun-lahun dahulu lagi tnelihat kepada kekuatan dan
keupayaan menerusi perlaku_berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang
mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ni dianggap serta dilambangkan sebagai
seorang yang berkedudukan tinggi pnda mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan
menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan. oIeh setiap individu terutama kaum
Ielaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkernbangkan lalu diperbaiki dari semasa ke
semasa sehingga menjadi sukan yang kernudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan
pertandingan diadakaan hanyalah semata-mata unituk rnencari siapa yang lebih
pantas, lebih tinggi atau lebih kuat daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat itu
setiap individu akan berusaha menandingi yang lain, dan akhirnya wujudlah
ciri-ciri ingin berjaya, menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama
individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau
berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaaa itu diteruskan. Bagi
mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih tekun lagi untuk
menumpaskan lawan dan mahu muncul sebagai pemenang pula.Disini sudah
wujud suatu pertandingan yang sudath tentu akan menjadi menarik.
Pertandingan seperti ini
diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu
mengambil bahagian menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai mereka yang
mengambil bahagian serta bertanding menguji keupayaan masing-masing. Untuk
mencapai kemenangan sudah tentu. mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan
akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini rnenjadikan
pertandingan menguji kebolehan itu menarik dan berjaya pula menarik minat orang
rarnai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingnn agak berbeza,
tetapi mat1arnat dan tujuan sebenar adalah sama.
Hari ini kita dapat melihat
di rnerata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan untuk menguji
kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan
kaum wanita.Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau athletics.
Sejak zaman sebelum Masehi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini
khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.
SEJARAH AWAL
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan
sejak zaman Sebelum Masehi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan
je!as dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai pertandingan.Jika
permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan
sejarah,bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 2000 tahun yang lampau Iagi.
Jika demikian diakui bernakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di
dunia.
Salah satu bukti kuat untuk
mejelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal
Sukan Olimpik Rome.Sukan itu yang dipercayai berrnula pada tahun
776 SM hingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanva olahraga
sebagai sukan yang merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata
lain, orang Greek sudah mengambil
bahagian dalam pertandingan olahraga,walaupun difahamkan matlamat awal dan utama mereka bukanlah menjadikan olahraga
sebagai acara sukan. Mereka lebih menganggap
olahraga sebagai salah satu cabang seni yang dapat dilihat daripada peserta
yang mengambil bahagian.
DaIam perjumpaan Sukan
Olimpik Kuno,olahraga merupakan acara utama,mula mendapat perhatian ramai.
Sebuah bukti tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada
menyebut tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatat
bahawa lornpat jauh dianggap sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan
tersebut. Sukan Olimpik itu yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan
setiap empat tahun sekali sehingga tahun 379 SM. Selepas itu sukan ini tidak dapat diadakan lagi atas arahan
Maharaja Rome, Theodosius, yang tidak menyatakan sebarang alasan.
Ketiadaan sukan itu
menyebabkan penduduk berasa kehilangan ssesuatu. Mereka tidak lagi dapat
berkurnpul dan bertanding seperti sebelumnya.Bagaimanapun,mereka tetap
meneruskan akttviti yang melibatkan mereka berlari, melompat dan melontar.
Setidak-tidaknya mereka dapat juga
mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang
ramai.Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno itu
diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek, maka tiadalah negara lain yang
mahu atau sanggup meneruskan tradisi mengadakan sukan tersebut. Akhirnva
berkuburlah sukan itu untuk sekian Iama.
Hal ini berlanjutan
sehingga abad ke 19.Selarna tempoh itu,, rnereka yang ternanti-nantikan
akan kemunculan Sukan Olimpik itu tidak berputus asa.Mereka terus mengadakan
‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan.
PERKEMBANGANAN PADA ZAMAN MODEN
Menjelang abad ke-19 barulah timbul
ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama
berkubur. Dalarn pada itu terdapat juga usaha negara-negara selain
daripada Creek yang rnula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan
olahraga.Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kemballi oIeh
Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812.
Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya
Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu rnengadakan temasya sukan olahraga tolah
mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke
merata ternpat, khususnya di England.
Tidak berapa lama selepas itu muncul pula kelab
olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England.Penubuhan
kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga lain selepas
itu. Banyak sekolah turut menggalakkan pelajar-pelajar mengelibatkan diri dalam
olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan
sekolah,kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga
amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang
untuk mengembangkan olahraga amat sesuai. Universiti Oxford adalah antara
beberapa universiti terawal menubuhkan pasukan olahraganya, iaitu Exeter
College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang manbanggakan
ialah kelab itu masih wujud hingga ke hart ini.
Perkembangan sukan di
negara-negara Eropah khususnya di England pada abad ke-19 memang
ketara termasuk sukan olahraga.Ini menjadikan penerimaan penduduk di situ mudah
untuk mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini.Oleh itu tidak
hairanlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh
perkembangan pesat sukan olahraga di England.Sambutan penduduk setempat
yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.
Bagi meningkatkan perkembangan
sukan olahraga ini,kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh
kelab-kelab olahraga di negara tersebut.Sekali lagi olahraga mendapat sambutan yang
sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orangramai sudah
mula meminati sukan olahraga dan turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan
Kanada.Usaha untuk mengembangkan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun
1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama
yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa.Kejohanan tersebut
melibatkan England dan Ireland.
Kemunculan sukan
olahraga di Amenika Syarikat telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa
yang singkat.Pada penghujung abad
ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja
didedahkan dengan sukan ini telah mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan.Sebilangan
besar daripada olahragawan Amerika Syarikat berjaya memenangi malah
menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika
Syarikat.
Perkara yang membanggakan
lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol
sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang sedia ada. Bagaimanapun,
ketika itu kebanyakan rekod dunia
masih belum mendapat pengiktirafan sehingga mengakibatkan rekod-rekod ini
tidak dicatat untuk rujukan kemudiannya. Bagaimanapun yang pasti daripada
senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa
sebahagian besar adalah peserta Arnerika Syarikat.
Perkembangan seterusnya ialah
ke. negara-negara Eropah yang lain, selain Kepulauan lnggeris. Selanjutnya,
olahraga juga turut diperkenalkan ke berapa negara dunia lain. Kemasukan
sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk
setempat,malah dalarn rnasa yang singkat sahaja sudah rnampu menghasilkan
ahli-ahli olahraga bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan
para olahragawan Amerika tidak tergugat kerana mereka masih menguasai
sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa..Hal inji ditambah lagi dengan kemunculan ahli-ahli
olahraga Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang rnenunjukkan
keupayaan dan prestasi yang rnembanggakan malah menakjubkan.
Sementara itu di
negara-negara lain turut diadakan perjumpaan olahraga yang turut
disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malah menerusi persatuan olahraga
masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan
yang diadakan dengan meriah dan menggalakkan. Perjumpaan oIahraga seperti
Sukan Olirrpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh
dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta dalam bidang
olahraga.Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan dianggap sebagai
perjumpaan sukan terbesar di dunia dan olahraga -merupakan acara yang utama
dalarn sukan tersebut.
Australia dan New Zealand
juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu rnenandingi peserta dan
negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.Ahli-ahli olahraga dan Asia,Afrika
dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi
peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke
negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta
dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan,
walaupun prestasi yang mereka tunjukkan rnasih belum mampu rnenggugat
penguasaan ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan
dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara
sejak kebelakangan ini.Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya
menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.
Kebanyakan negara dunia
mula menubuhkan persatuan masing-masing seteIah beberapa tahun olahraga diperkenalkan
di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras
kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang ingin disertai
oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertujuan rnenjadi badan yang bertanggungjawab
ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara.
kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun
1926 lagi. Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan
olahraga ini telah memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari negara-negara
ini mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjurnpaan olahraga yang dianjurkan
oleh rnana-mana persatuan yang bergabung di dalam persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.
SUKAN OLIMPIK PERJUMPAAN SUKAN TERBESAR DUNIA
Jika ditanya apakah
perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah
dapat memberi jawapan. Dengan penglibatan lebih daripada 10,000 orang
peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu
pegawai dan petugas sememangnya Sukan Olimpik ini adalah rrerupakan perjumpaan
sukan terbesar dunia.Malah sejak pertama kali diadakan,hingga kini
Sukan Ohmpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa
mengira agama,warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan yang
terdapat pada sukan ini.
Sebenarnya
Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Bagaimanapun,seperti yang
dinyatakan, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan
formatnya. Apabila Sukan Olimpik unsur moden diadakari buat kali pertama pada
tahun 1896 di Greek, sudah tentu ramai yang rnengalu-alukannya.Sukan
o1ahraga merupakan acara utama dan wajib
dalam sukan ini dan kini walaupun terdapat lebih daripada 30 acara yang
dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, namun olahraga masih
menduduki kedudukan teratas dan segi keutaman.Sekiranya sukan itu diadakan
tanpa acara olahraga,sudah tentu Sukan Olimpik tidak semeriah yang dapat
kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali dan diadakan
dipelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan
menjadi penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan
olahraga kekal menjadi acara utama.Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada
tahun 1992 di Barcelona, dengan penyertaan daripada 135 buah negara
dunia,termasuk negara kita.Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun
1996. Dengan moto atau cogan kata berbunvi: Citius, Altius, Fortius(Swifter,Higher,Stronger)
jelas menunjukkan bahawa sukan olahraga yang menjadi tunjang kepada cogan
kata ini.Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan
Olimpik moden ini;iaitu Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah
kemenangan dalam sukan, tetapi mengambil bahagian.Ini seolah-olah memberi
dorongan kepada negara-negara kecil untuk turut serta yang awal-awal lagi sudah
mengaku bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara ini.
MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK
Berbincang tentang Sukan
Olimpik, tentu ada daripada kita yang tertanya-tanya bilakah negara kita mula
mengarnbil bahagian dan adakah kita pernah memenangi sebarang pingat di
sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula rnengambil bahagian dalam sukan ini
pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne,
Australia. Dalarn penyertaan kali pertama itu, kita mengambil bahagian dalam
acarra hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu ,negara kita tidak
pernah gagal mengambil bahagian,kecuali pada tahun 1980 sebagai pemulauan
disebabkan pencerobohan tuan rumah Russia ke atas Afganistan ketika itu.
Sepanjang penyertaan negara kita dalarn sukan terbesar di dunia
itu, cuma satu pingat gangsa yang rnarnpu kita menangi iaitu menerusi acara
badminton dalam Sukan Olimpih 1992 yang pertama kali memasukkan badminton
sebagai salah satu acara.Dalam acara atau sukan lain kita masih belum memenangi
sebarang pingat.Semangat Olimpik,pengalaman dan persahabatan ,serta ingin turut
serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar
negara lain.Yang penting sukan olahraga berjaya meletakkan Sukan Olimpik pada
tahap tinggi sehingga
mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia.Di samping itu
yang tidak kurang pentingnya juga ialah Sukan Olirnpil berjava
rnengumpulkan tumpuan dan minat seluruh penduduk dunia dan
melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul..Secara
tidak Iangsung sukan ini berjaya
meleraikan sebarang masalah yang timbul.
PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA
Seperti kebanvakan sukan
dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembangkan dan menyelaraskan
segala aktiviti dan perjumpaan sukan terrmasuk olahraga ialah menerusi
persatuan.Oleh itu,adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan
mengikut peringkat tertentu.Bagi olahraga,badan atau pertubuhan
tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa(IAAF)
yang ditubuhkan pada tahun 1912.Keahlian persatuan ini terdiri daripada
persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap
negara boleh bergabung dalam persekutuan ini.Negara kita menerusi Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini.
Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan
olahraga pada peringkat antarabangsa hendaklah sama ada mendapat kebenaran dan
pengiktirafan IAAF ataupun. dianjurkan sendiri oleh badan itu.Badan ini juga
bertanggtingjawab menyelesaikan sebarang rnasalah atau pertikaian yang mungkin
timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungan.Umpamanva
dalam menganjurkan perjurnpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik,Sukan Komanwel,Sukan
Asia dan lain-lain,persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa
(IOC) dan IAAF hendaklah diperolehi.
Persatuan
Olahraga Amatur Antarabangsa juga berperanan mengeluarkan segala undang-undang
dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk diikuti atau dipatuhi
oleh semua negara yang menganggotai Persatuan Olahraga Arnatur Antarabangsa.
Begitu jtiga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta,
tidak kira di rnana asalkan rnendapat kelulusan
IAAF, dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa.
Ringkasnya IAAF sememangnya berperanan dalam sebarang hal berkaitan sukan
olahraga di peringkat dunia.
OLAHRAGA
SEBAGAI SUKAN
Tiga
kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun,iaitu berlari,melompat dan
melontar sememangnya merupakan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain
yang mampu dilakukan oleh manusia sama ada seorang lelaki atau wanita ,tua atau
muda,bekerja sebagai buruh atau pegawai ,asakan sihat tubuh badan.,akan melakukan
ketiga-tiga aktiviti ini,baik secara sedar atau tidak.Daripada pergerakan
inilah munculnya satu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang iaitu
olahraga.
Sebagai sejenis sukan yang
dipertandingkan,sudah tentu aktivitri ini diubahsuai dan diperkemaskan dari
semasa ke semasa mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan.Begitu juga
dengan cabang atau pecahan daripada olahraga juga dicipta atau atau diperbaiki
dengan tujuan dapat dijadikan acara yang menarik lagi sesuai
dipertandingkan.Yang nyata kini ialah
daripada poerlakuan memenuhi riadah atau rekreasi,lama-kelamaan olahraga
menjadi acara sukan yang amat di minati
sehingga menjadi bidang dipertandingkan yang menarik dan sengit.
Tidak dinafikan juga banyak lagin
kebaikan daripada sukan olahraga
ini yang menyebabkan orangramai
berlumba-lumba menyertainya,daripada peringkat paling rendah seperti sekolah rendah
sehingga ke peringkat yang tingi seperti Sukan Olimpik.Sukan khususnya olahraga
mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkahlaku manjusia serta
peribadi seseorang.
Sifat-sifat seperti bersemangat
waja,keazaman kuat,berdisiplin tinggi,keinginan untuk mencapai
kejayaan,semangat berpasukan,bertimbang rasa ,dan bertolak
ansur,tolong-menolong,menengkan fikiran dan bersaing adalah antara factor yang
membantu perkembangan mental,fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang
melibatkan diri dalam olahraga.Ini
diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta ,tetapi merangkumi
pegawai,jurulatih,pengajar,pembantu malahan penonton umumnya.
Olahraga mempunyai sejarah paling
tua.Seperti yang dinyatakan,manusia sudah mula melakukan aktiviti
berlari,melompat dan melontar sejak zaman kuno lagi.Sukan Olimpik kuno
membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu kemudianya dijadikan sukan
yang dipertandingkan sehinga menjadi persaingan yang menarik dan diminati ramai.Kiniramai anak muda dan
remaja yang yang ingin malah telah menceburkan diri dalam olahraga.Ada yang
mengambil bahagian diperingkat sekolah ,ada juga yang telah mewakili
daerah,negeri dan tidak kurang pula yang berjaya mewakili negara.
Pertandingan
dan perjumpaan olahraga diadakan dan dianjurkan dipelbagai peringkat.Pelbagai
acaradiadakan sama ada untuk Ielaki ataupun perempuan. Daripada pertandingan
yang dijalankan, para pemenang diberikan hadiah yang menarik. Kepuasan memecah
dan mencipta rekod baharu dan semasa ke semasa sehingga kemuncak menerusi Sukan
Olimpik atau kejohanan dunia menjadikan peserta olahraga terpaksa berlatih
bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat dan impian tersebut.Dengan
demikian,kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan olahraga ada sahaja rekod
haharu menggantikan yang lama.
SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN
Seseorang yang mengamhil
bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki dan atlit bagi wanita.
Gelaran ini berlainan daripada mereka yang mengambil bahagian dalam sukan-sukan
lain. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiri daripada peserta
yang mengambil bahagian sebagai amatur dan rnungkin juga bertaraf profesional,
yakni Mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk mengambil bahagian. Kini
ramai juga para olahragawan dan olahragawati terutamanya di Barat yang
dikategorikan sebagai profesional.Malah ada antara mereka yang sudah menjadi
jutawan.
Apakah boleh setiap orang
mengambil bahagian dalam sukan olahraga? Apakah acara yang sesuai bagi
seseorang untuk disertai? Disebabkan terdapat banyak acara di dalam sukan
olahraga, maka seseorang olahnagawan bebas memilih acara yang paling sesuai
berdasarkan keupayaan dan kebolehan mereka sendini. Adalah tidak mungkin
seseorang olahragawan rnampu mengambil bahagian dalarn semua atau sejumlah
besar acara, padahal dia hanya berkeupayaan dalam beberapa atau satu dua acara
tertentu sahaja. Ada pula olahnagawan yang terpaksa membuat pilihan walaupun
dia mampu mencapai prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara.
Sebagai olahnagawan,
seseonang itu diharapkan mempunyai beberapa sifat dan ciri tertentu yang
diharapkan mampu membawa kepada kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam
sesuatu acara itu walaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung
kepada kebijaksanaan jurulatih atau guru pengawas. Antara sifat dan ciri-ciri
itu adalah sepenti berikut:
1. Disipli
tinggi
Setiap olahnagawan seharusnya mempunyai
disiplin yang tinggi, sama ada semasa
mengikuti latihan ataupun
pentandingan. Arahan junulatih dan guru pengawas hendaklah dipatuhi.
Segala peraturan dan undang-undang hendaklah diikuti juga.
2. Semangat tinggi
Setiap olahragawan harus
mem punyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan seterusnya kejayaan. Semua
ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan
tunjukajar junulatih.
3. Berperibadi mulia dan dihormati
Olahnagawan serta ahli-ahli
sukan amnya sering menjadi perhatian ikutan orang ramai. O!eh itu mereka harus
menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak
terkeluar daripada lunas-lunas kemasyarakatan, keagamaan dan aspirasi negara.
4. Mempunyai semangat berpasukan
Sebagai ahli olahraga,
mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan yang harus saling membantu,
bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap pasukan yang mereka wakili,
terutamanya jika penyertaan mereka adalah menerusi acara-acara berpasukan.
5. Bersemanagt tinggi dan tidak menyerah kalah
Matlamat utama seseorang
yang mengarnbil bahagian dalam olahraga ialah untuk mencapai kejayaan serta
mernpamerkan prestasi terbaik melebihi lawan. Di sini mereka terpaksa mempunyai
semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah. Jika mereka tidak
mencapai kejayaan, mereka patut berusaha mempamerkan persembahan terbaik sedaya
mungkin.
6. Penyabar dan bertimbang
rasa
Olahragawan mempunyai sifat
penyabar dan bertimbang rasa walaupun dalam pelbagai situasi dalam dan luar
kejohanan, lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam kejohanan itu.
Di samping itu
banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri ahli-ahli olahraga.
Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi daripada olahragawan,
keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi ikutan masyarakat umum.
Mereka pula hendaklah berusaha bersungguh-sungguh serta mengamalkan sifat dan
sikap yang dapat membantu mereka meningkatkan prestasi mereka sendiri. Tidak
dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan kepada mereka yang mula
menceburkan diri dalam bidang ini. Segala yang baik daripada mereka dijadikan
pendorong kepada meneka yang barn menceburkan din.
PENGELIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA
Olahraga bukan hanya
diceburi oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita atau perempuan juga turut
melibatkan diri. Mungkin pada peringkat awal pengllibatan kaum wanita dalam
olahraga khususnva dan sukan amnya mendapat tentangan daripada bebenapa pihak
tertentu, tetapi Iama kelamaan diakui bahawa penglibatan mereka adalah
setanding dengan kaum lelaki, sehingga ada kalanya pencapaian rnereka amat
membanggakan malah menandingi Ielaki. Banyak acara olahraga yang disertai oleh
Ielaki juga menjadi acara untuk wanita.Gaya larian, keupayaan, teknik dan
prestasi mereka ada yang menakjubkan.
Penglibatan
wanita dalarn sukan khususnya olahraga tidaklah semudah dan seawal seperti yang
berlaku kepada lelaki. Mengikut sejarah kemunculan olahnaga sebagai sukan,
wanita dilarang daripada rnengambil bahagian. Pelbagai anggapan negatif
dilemparkan kepada mereka malah mereka dilarang daripada menonton kaum
lelaki mengambil bahagian dalam sukan.Dalam Sukan Olimpik Kuno yang telah
diadakan pada zaman silam, wanita tidak dibenarkan menonton.
Bagi memenuhi
permintaan kaum wanita yang menunjukkan minat yang tinggi dalam Bidang sukan
ini, dicadangkan supaya mengadakan suatu kejohanan khusus untuk mereka. Sukan
yang dikenali sebagai Sukan Hareaa juga diadakan pada tahun-tahun Sebelum
Masehi lagi. Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah
khususnya ke England, wanita juga dilarang mengamhil bahagian dalam olahraga.
Persatuan olahraga juga enggan menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga
untuk wanita.
Bagaimanapun
ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu
untuk menganj urkan kejohanan untuk wanita.Menyedari penglibatan dan penvertaan
wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum ini
ditubuhkan.Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine
Internationale. Persatuan ml ditubuhkan pada tahun 1921. Tujuan utama
penubuhan persatuan ini ialah sebagai usaha untuk mencadangkan kepada Majlis
Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik yang akan diadakan pada
tahun 1924, dibuka juga kepada wanita.Cadangan itu mendapat sambutan yang
menggalakkan.Akan tetapi bukan untuk Sukan Olimpik tahun 1924 seperti yang
dicadangkan.
Sukan
Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita. Penerimaan wanita dalam
sukan yang terbesar di dunia it telah disambut dengan gembira oleh olahragawati
pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkan pencapaian mereka yang tidak
kurang hebatnya daripada kaum lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam
Sukan Olimpik tidak pernah dilupakan. Di samping berjaya mempamerkan
persembahan dan prestasi yang tinggi mutunya, mereka juga mampu menarik minat
sebahagian besar peminat sukan dunia. Secara tidak Iangsung mereka memeriahkan
lagi temasya sukan itu.
Negara kita
juga memheri peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri bukan sahaja
dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan yang lain. Prestasi
yang mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dan segi mutu, tetapi turut menaikkan
nama negara dalam sukan antanabangsa, khususnya olahraga. Begitu juga dengan
pelajar dan murid-murid sekolah, yang turut diberi peluang mengamhil bahagian dalam
sukan ini sejak daripada sekolah rendah lagi.Ini jelas menunjukkan bahawa
olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semua rakyat tidak kira lelaki
atau wanita.
ACARA-ACARA PADANG
Seperti yang dinyatakan
terdahulu, olahraga sebagai sukan dibahagikan kepada dua bahagian yang
berlainan, iaitu bahagian balapan atau trek dan bahagian padang. Kita telah
bincangkan dengan meluas bahagian
balapan yang merangkumi semua acara larian, sama ada larian pecut, larian jarak
sederhana, larian jarak jauh, larian berpagar ataupun larian
berganti-ganti.Ini bermakna semua acara
ini dijalankan di dalam balapan. Ada acara yang disertai khusus oleh lelaki dan
tidak kurang pula acara yang tunt disertai oleh wanita.
Dalam bahagian padang pula, umumnya terdapat dua jenis acara
yang dipertandingkan menerusi sukan olahraga, iaitu lompatan, Iontaran atau
balingan. Kebanyakan acara yang terdapat dalam bahagian padang disertai oleh
lelaki dan wanita walaupun ada juga yang hanya melibatkan lelaki. Semua acara
ini diadakan dalam kawasan padang, atau kawasan selain daripada balapan. Pihak
penganjur hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk semua acara
ini diadakan sebelum rnemulakan sesuatu pertandingan.
Acara-acara yang tergolong dalam bahagian padang adalal-t
Ianjutan daripada cogan kata awal Sukan Olimpik iaitu lebih pantas, lebih
tinggi dan lebih kuat. Sejak zaman kuno lagi kegiatan berlari, melontar dan
melompat adalah aktiviti utama yang dilakukan manusia dalam usaha meneruskan
penghidupan mereka. Ketiga-tiga aktiviti ini merupakan seni yang terdapat pada
setiap manusia yang sihat. Sama ada disedari ataupun tidak semua manusia yang
sempurna fizikalnva melakukan aktiviti ini dan perlakuan mereka adalah mengikut
keupayaan dan keholehan masing-masing, sama ada laju, tinggi, jauh ataupun
kuat.
Aktiviti yang kemudiannya menjadi acara sukan yang diminati
menerusi olahraga ialah lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan Iompat
bergalah dalam bahagian lompatan dan lontar peluru, lempar cakera, rejam
lembing serta baling tukul besi dalam bahagian lontaran. Semua acara ini turut
disertai oleh wanita kecuali lompat bergalah, lontar tukul besi dan lompat
kijang (kini lompat kijang sudah dibuka penyertaan untuk wanita, termasuk
dalain kejohanan peringkat kebangsaan di negara kita).
Sebagai
menjadikan kedua-dua aktiviti Iompatan dan balingan atau lontaran sebagai acara
sukan, perancangan dan Iatihan yang teratur, penuh disiplin dan perbelanjaan
sewajarnya amat diperlukan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam
mana-mana acara ini dan ingin menjadi ahli yang mahir dan berprestasi sudah
tentu beberapa pengorbanan dan ciri diperlukan daripada mereka. Mungkin ramai
yang berpendapat bahawa semua orang boleh dan mampu berlari, tetapi tidak semua
orang pula yang mampu melompat atau melontar dengan baik.
Semua acara lompat dan lontar ini rnemerlukan kernahiran dan
teknik tertentu daripada mereka yang menyertai acara itu.
Jika dalam kebanvakan acara Iari, tiada sebarang peralatan
dan kemahiran yang diperlukan, kecuali dalam acara Ian berpagar, tetapi dalam
acara lompat dan Iontar ini beberapa peralatan tententu diperlukan. Begitu juga
bentuk dan kaedah Iatihan yang diadakan agak benbeza daripada latihan untuk
balapan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam acara-acara padang ini memerlukan
jurulatih yang berlainan daripada jurulatih untuk balapan. Dalam olahraga
peringkat antarabangsa, jurulatih untuk setiap acara padang disediakan untuk rnemberikan
Iatihan dan panduan kepada olahragawan yang mengambil bahagian dalam
acara-acara ini.
Setiap acara juga mempunyai sejarah dan tradisi sendiri.
Dengan itu, tidak hairanlah jika acara-acara ini diterima sebagai acara sukan
olahraga pada masa yang berbeza-beza. Begitu juga dengan penyertaan dan tahap
pencapaian mereka yang mengambil bahagian.Perbezaan juga terdapat pada jenis
atau berat bahan atau peralatan umpamanya untuk Iontaran, mengikut peringkat
umum dan jantina. Bagaimanapun, semua acara Iontaran dan lompatan ini kini
sudah diterima sebagai acara-acara olahraga yang menarik dan setanding dengan
acara larian.
Kita akan bincangkan
setiap acara padang ini secara terperinci dalam bab-bab berikutnya. Dalam
setiap acara yang dibincangkan, penumpuan adalah terhadap peralatan dan
penggunaan, teknik dan kemahinan, taktik dan pencapaian, ciri-ciri peserta dan
jenis Iatihan dan panduan ke arah prestasi cemerlang.
Senarai acara-acara Iontaran dan lompatan seperti yang
diterima dalam kebanyakan penjumpaan olahnaga, sama ada pada peringkat
kebangsaan ataupun antarabangsa adalah seperti di bawah. Mungkin di peringkat
sekolah, terdapat beberapa acara yang diketepikan kerana kesesuaiannya pada peringkat
sedemikian, serta mungkin juga disebabkan kemudahan dari segi peralatan
dan kepakaran.
Acara-acara
padang yang dipertandingkan :
Jenis/Bahagan Acara Penyertaan
Lompat Lompat jauh Lelaki
/Wanita
Lompat tinggi Lelaki/Wanita
Lompat kijang Lelaki/Wanita
Lompat bergalah Lelaki
Lompat tinggi Lelaki/Wanita
Lompat kijang Lelaki/Wanita
Lompat bergalah Lelaki
Lontar Lontar peluru Lelaki/Wanita
Lempar cakera Lelaki/Wanita
Rejam lembing Lelaki/Wanita
Lontar tukul besi Lelaki
Lempar cakera Lelaki/Wanita
Rejam lembing Lelaki/Wanita
Lontar tukul besi Lelaki
Dalarn acara-acara balapan, penentuan pencapaian atau
prestasi seseorang peserta adalah berdasarkan masa yang diambil.Lebih sedikit
rnasa, bermakna lebih pantaslah pencapaian peserta dalarn sesuatu acara yang
jisertainya. Jika rnasa yang diambil itu lama berrnakna larnbat dan lemah
prestasinya. Bagi mengukur pencapaian seseorang peserta olahraga bahagian
padang, ketinggian dan kejauhan jarak menjadi ukuran.ini bermakna jika
seseorang peserta berjaya membuat lompatan yang jauh atau paling tinggi atau
lontaran paling jauh bererti seseorang itu rnempunyai prestasi yang baik dan
rnenduduki tempat teratas. Sebaliknya jika Iontaran atau lompatannya dekat
atau rendah, bermakna lernah prestasinya.
Dalam usaha melakukan lontaran atau lompatan. seseorang
peserta mempunvai dua matlamat, iaitu untuk mencatat jarak atau ketinggian
terbaik berbanding dengan peserta lain. Matlamat kedua ialah mendapatkan
ketinggian atau jarak paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri, tanpa membandingkan
dengan prestasi peserta lain. Pencapaian peserta itu akan dijadikan landasan
baginya untuk memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang.
Di negara kita khususnva dalam kejohanan olahraga peringkat
sekolah, daerah malah negeri dan kadang kala kebangsaan, kita masih menggunakan
kaedah lama iaitu menggunakan pita pengukur untuk mengukur sesuatu jarak atau
ketinggian dalam sesuatu acara padang. Adakalanva penggunaan peralatan
elektronik digunakan dalam kebanyakan
perjumpaan olabraga peringkat antarahangsa, boleh dikatakan semua acara sudah
menggunakan kaedah elektronik ini yang sudah tentunya lehih mudah, cepat dan
yang lebih penting ialab tepat, dibandingkan dengan cara lama.
ACARA PADANG UNTUK MURID
SEKOLAH DAN WANITA
Daripada senarai acara
padang yang diberikan, tidak semua diambil bahagian oleh murid dan wanita.
Faktor umur, jantina, keselamatan dan kesukaran menyebabkan ada sesetengah
acara terpaksa diketepikan. Tiga acara lompat dan tiga acara baling atau
Iontar dipertandingkan pada peringkat sekolah dan oleh kaum wanita.Kecuali
lompat bergalah dan lontar tukul besi, acara-acara lain turut rnenjadi acara
olahraga untuk peringkat sokolah dan khususnya kaum wanita.
Walau bagaimanapun peralatan yang digunakan untuk ketiga-tiga
acara lontar adalah berbeza-beza antara satu peringkat dengan peringkat yang
lain. Umpamanya, peralatan yang digunakan pada peringkat sekolah lebih
ringan dan kecil daripada peralatan yang digunakan untuk peringkat dewasa.
Biasanya di peringkat s ekolah pertandingan olahraga serta sukan-sukan lain
adalah mengikut peringkat umur seperti bawah 15 tahun, bawab 16 tahun, bawah 18
tahun, bawah 20 tahun dan bawah 21 tahun.Ini bermakna mereka dalam lingkungan
umur yang dinyatakan sahaja dibenarkan mengarnbil bahagian dalam sesuatu
peringkat pertandingan. Dengan çara demikian,. pertandingan itu memberi
kesempatan kepada setiap peserta yang berbakat herdasarkan peringkat
umur tertentu.
Teknik
lontaran dan lompatan yang digunakan oleh peserta pada peringkat sekolah tidak
begitu ditekankan. Perkara utama ialah pendedahan mereka kepada sesuatu acara,
khususrnya acara padang, dengan penekanan kepada cara rnelakukan dan aturan
umum acara. Pada peringkat menengah pula pendedahan mereka ditingkatkan kepada
kemahiran dan teknik dalam melakukan sesuatu acara dengan harapan akan
meningkatkan prestasi mereka dan akan memperoleh peningkatan yang
menggalakkan.
Daripada pengalaman pada
peringkat awal lagi, rnurid-murid biasanya menunjukkan potensi yang
berbeza-beza. Umpamanya jika seseorang murid itu rnenunjukkan prestasi yang
baik dalam acara-acara larian, dia kurang berrninat dalarn acara lompatan atau
lontaran, begitu juga jika potensinya Iebih dalarn acara lontaran, dia kurang
berminat dalam acara lompatan.Daripada potensi yang ditunjukkan inilah,
murid-murid itu digilap dan diberi latihan serta pendedahan dengan mengambil
bahagian dalam perjumpaan olahraga dan semasa ke semasa.
Sebagai sukan, sememangnya
olahraga merupakan jenis sukan yang berlainan dan penyertaan yamg ramai.Dalam
sesuatu perjumpaan sama ada peringkat dunia atau.pun peringkat rantau
kebangsaan, diadakan perjumpaan khusus untuk sukan ini. Dengan pelbagai acara
yang dipertandingkan sudah tentu olahraga merupakan gelanggang terbaik untuk
dilibatkan diri, terutamanya jika jumlah pungutan pingat dijadikan faktor
penentu dalam memastikan prestasi sesebuah negara yang mengambil bahagian.
Sukan olahraga boleh dijadikan sukan pengukur yang utama.
Dan segi sambutan penonton
dan orang ramai, mungkin di negara kita sukan ini rnasih belum boleh
dibanggakan jika dibandingkan. dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak
atau badminton. Sehingga kini bilangan penonton tidak sesuai kejohanan olahraga
kebangsaan amat rnenyedihkan.Walhal menerusi olahraga negara kita berjaya
menyumbangkan jumlah pingat terbanyak umpamanya dalarn Sukan SEA. Bagaimanapun
pada peningkat antarabangsa, sambutan adalah sungguh menggalakkan.Da!arn
kebanyakan perjumpaan olahraga,bilangan penonton kadang-kadang melebihi 50,000
orang.
No comments:
Post a Comment