Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Thursday, December 26, 2013

MANIPULASI ALATAN



Pergerakan Bukan Lokomotor Meregang dengan manipulasi alatan tali

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.



Menurut Thomas, Lee & Thomas( 1988 ), manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:
  1. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan merejam.
  2. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut.
  3. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.

Kemahiran-kemahiran ini seperti kemahiran pergerakan asas perlu dipelajari oleh kanak-kanak semasa mereka di sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran-kemahiran ini, barulah kanak-kanak bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.


Konsep

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan
alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran
manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah
rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,
mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu
dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat
meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan
lain-lain.



Bentuk Pergerakan Manipulasi Alatan

Kemahiran manipulasi alatan  yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah
ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG
Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
2. Melambung  bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula
5. Meleretkan bola kesasaran


MENYAMBUT
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung  bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon ke udara dan kemudian memukul
5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan
    tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.


No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan