Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Monday, September 22, 2014

Bitara Hoki : Slot 1: Ukuran Padang dan Peralatan Hoki


Ukuran Padang Hoki



Tiang Gol Hoki


GOL
           Di tengah- tengah setiap garisan belakang:
a.            Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih,segi empat 
empat sama, berukuran 51 mm lebar dan 75 mm dalam.
b.            Tiang-tiang gol tegak  berjarak 3.66 meter (ukuran lebar
bahagian dalam ).
c.             Tiang-tiang gol  hendaklah  di letak  di atas  tanda  luar
di mana bahagian hadapan tiang gol menyentuh tepi
sebelah  luar garisan belakang.
d.            Ketinggian  palang mendatar 2.14 meter dari paras tanah
( ukuran dalaman) dan di pasang kepada tiang-tiang gol.
e.             Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang
mendaftar.
f.              Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepi tiang-tiang
gol.

          Bentuk  kedua-dua tiang gol  dan palang mendatar wajib
           mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard 
            negara yang berkenaan.


          Papan  Tepi (Side Board)
         
a.                 Panjang:  1.20 meter(minimum); ketinggian: 460 mm
b.                 Diletak  di atas padang tegak lurus ( 90 darjah) kepada garisan
belakang, di pasang kepada bahagian belakang tiang gol tetapi
tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan belakang.
c.                  Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.

Papan Belakang ( Back Board)
a.                 Panjang 3.66 meter , ketinggian 460 mm.
b.                 Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.
c.                  Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.


Jaring
a.                 Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang
Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan tepi.
b.                 Hendakalah  dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola
tidak menembuhi celah-celah di  antara jaring dan tiang-tiang gol, palan mendatar ,papan tepi dan papan belakang.
c.                  Dipasang secara kendur  supaya bola tidak memantul semula
ke dalam padang permainan.
d.                 saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.

Bola Hoki


a.                 Berbentuk sfera,  keras dan di buat daripada sebarang
bahan yang sesuai.
b.                 Berat  minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
c.                   Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
d.                 Permukaan :  licin  tetapi pelipat (seam)  atau lekuk-lekuk kecil ( indentations) dibenarkan.
e.                  Warna: putih atau seperti dipersetujui.

Kayu Hoki.






Shaft / Handle / GripThe top end of the field hockey stick typically features a high-tack grip or tape to let you easily swing and maneuver the stick. HeadThe end of the field hockey stick that makes contact with the field and the ball. The head is flat on one side (face) and rounded on the other, to give you a wide surface area to shoot, stop, and pass the ball.HeelThe bend of the head where it joins the toe of the stick.ToeWhere the head upturns, creating a striking area for the ball. Toes come in a variety of styles and sizes offering different benefits to players of varying skill levels and positions.ScoopThe 2mm groove in the head of the stick, the scoop aids in ball control, cradling, and other maneuvers.BowThe slight bend in the stick from handle to head. The bow cannot exceed 25mm.

Kayu:
a.                 Permukaan rata di sebelah kiri sahaja. Bahagian untuk
bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjang bahagiaan pemegang di atas permukaan rata
tersebut

Eksperien mendatori
         a.      Permukaan rata di sebelah kiri sahaja . bahagian untuk                       bermain ialah keseluruhan permukaan rata kayu, bahagian                    tepi di sebelah bujur kayu dan sepanjang bahagian pemegang              di atas permukaan rata tersebut


b.                 Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu.
c.                  Hulu kayu, iaitu bahagian bahagian bawah daripada tempat penyambung (splice) , mesti berbentuk melengkung , dibuat daripada kayu,tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang , berlekuk atau sebarang tambahan.Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang  maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.
d.                 Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
e.                  Kecuali hulu  kayu yang melengkung , lain-lain bahagian hendaklah lurus . Bila di letak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itu dengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20 mm.
f.                   Berat maksimum 737 gram.
g.                 Pita (tape) dan damar boleh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukaannya tetap licin.
h.                 Saiz kayu ,termasuk sebarang balutan, mestilah boleh menembusi alat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51 mm .

    Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan .Kayu hoki yang melengkung sehingga sama ada dan dari hujung permukaan kayu ataupaun hulunya dibenarkan .Belum ada rekabentuk khusus yang diluluskan.Walau bagaimanapun , pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan.Lembaga Peraturan-peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisinol dan  bukan tradisinol dan  akan menghadkan dan mengharamkan penggunakan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.

maklumat lanjut kayu hoki klik sini






No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan