Monday, September 22, 2014
Bitara Hoki Slot 5 : Penguasaan Kemahiran Hoki
PENGUASAAN KEMAHIRAN
Kemahiran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
a. kemahiran individu
b. kemahiran berpasukan
Ansur maju dan butir-butir mengajar ketika memperkenalkan kemahiran secara individu dan secara berpasukan. Jurulatih hendaklah menggunakan daya kreatif masing-masing untuk menyesuaikan dengan kebolehan para pelajar. Kemahiran yang hendak diajar bergantung kepada alatan, tempat dan keramaian pelajar atau pelatih. Berikut adalah senarai kemahiran-kemahiran asas yang perlu diberi penekanan dalam sukatan program hoki ini :
Ø Mengawal bola dan mengelecek
Ø Memukul dan menahan bola
Ø Menolak, menguis dan menceduk
Ø Menghantar dan menerima
Ø Mengelak
Ø Merebut
Ø Menjaga gol
Ø Permainan berpasukan dan posisi
Ø Gerakan terancang (set pieces)
RANCANGAN LATIHAN
Bahagian 1 (12 minggu) Dis - Feb
Bahagian 2 (11 minggu) Mac - Mei
Bahagian 3 (9 minggu) Jun - Ogos
Bahagian 4 (11 minggu) Ogos - Okt.
BAHAGIAN
KEMAHIRAN
1
2
3
4
JUMLAH
MINGGU
1. Pengelolaan
1
-
-
-
1
2. Mengawal bola dan mengelecek
2
1
-
-
3
3. Memukul dan menahan bola
2
1
1
-
4
4. Menolak, menguis dan menceduk
2
1
1
1
5
5. Menghantar dan menerima
3
2
1
1
7
6. Mengelak
-
1
1
1
3
7. Merebut
-
2
1
2
5
8. Menjaga gol
1
1
1
1
4
9. Permainan berpasukan dan posisi
-
-
1
2
3
10. Gerakan terancang
-
-
1
2
3
11. Penilaian
1
1
1
1
4
Jumlah
12
10
9
11
42
KEMAHIRAN ASAS
Memukul (hitting)
Ia merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan . Ketepatan arah boleh dicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.
v Pegangan (Grip)
Tangan kiri diletakkan di bahagian hujung kayu dan tangan kanan di bawahnya dengan kedudukan yang rapat.
v Dirian (Stance)
- Kedudukan badan mesti berkeadan selesa dan condong sedikit ke hadapan.
- Kedudukan kaki adalah seluas bahu.
- Badan mesti seimbang dengan pusat graviti berada di antara tapak kaki sokongan.
- Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. (magnitud arah pergerakan bola ditetapkan oleh kedudukan kaki.)
- Kedudukan bola selari dengan hujung kaki kiri dan jaraknya mengikut keselesaan pemukul.
v Hayunan
a. Hayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit untuk menghasilkan momentum daya bagi menggerakkan bola.
b. Keseimbangan badan perlu semasa hayunan, berat badan kemudiannya dipindahkan dari kaki kiri ketika sentuhan kayu dengan bola berlaku. Kedua-dua siku hendaklah lurus ketika ‘contact’
c. Pukulan diteruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah tujuan bola.
d. Mata hendaklah menumpukan perhatian ke bola.
e. Perpindahan berat badan berterusan semasa ikut lajak.
Kuasa Untuk Memindahkan Bola (Power of Hitting)
a. Kuasa untuk memukul bola didapati daripada koordinasi beberapa faktor, antaranya ialah :
i. Momentum pergerakan badan.
ii. Pemindahan berat badan yang tepat dan betul.
iii. Kekuatan otot, trapezius, deltoid, triceps, biceps dan otod brachioradialis.
iv. Membuat pergerakan flexor dan extensor
v. Kelajuan dan pecutan hayunan ke bawah.
vi. Kekuatan pergelangan tangan pada masa memukul bola.
Gambarajah dibawah menunjukkan beberapa contoh latihan untuk kemahiran memukul:
Kedua-dua pasukan A dan B berbaris seperti di dalam gambarajah 10 ela dari batu-bata. Mereka cuba menjatuhkan batu-bata itu. Pasukan A memukul sementara pasukan B akan menahan bola. Kemudian B pula memukul bola dan A akan menahan bola. Tujuan : Arah dan ketepatan diutamakan.
A memukul kepada dinding / papan dari jarak 10 – 20 ela. Keutamaan diberi kepada cara berdiri, genggaman, hayunan dan arah. Kemudian satu tanda dibuat di atas papan / dinding dan pemain-pemain diminta memukul kepadanya. Aktiviti ini membantu melahirkan ketepatan memukul.
1. Pemain – pemain beratur di atas bulatan menjaring gol dan memukul bola ke gol yang kosong. Sekiranya ada penjaga gol, maka intensif tambahan ialah percubaan untuk mengalahkannya. Untuk penjaga gol ini merupakan sesuatu latihan tekanan yang baik. Semua pemain-pemain sekarang mengambil satu langkah untuk memukul bola. Kemudian beransur-ansur ini ditambah kepada dua atau tiga langkah.
2. Menahan / Menyerkap bola
Menyerkap bermakna menahan dan mengawalkan bola. Kemahiran ini adalah penting sekali daripada kemahiran-kemahiran lain kerana ia bermaksud memiliki bola. Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menahan bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga Astroturf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan.
2.1 Menahan bola dari hadapan
q Pegangan
- Pegangan kayu hoki dengan dua belah tangan yang berkedudukan berjarak.
- Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dan tangan kiri ke hadapan supaya kayu berkeadaan condong untuk mengawal bola.
- Tangan kanan perlu diturunkan ke bawah tetapi dengan keadaan releks, kendur dan selesa, sementara tangan kiri dikekalkan di hujung kayu.
- Semasa bola menyentuh kayu, kendurkan pergelangan tangan untuk menyerkap bola agar dapat mengurangkan tekanan.
q Badan
- Badan tepat menghadap bola yang datang. Badan membongkok dan lutut dibengkokkan sedikit.
- Pusing sehingga kaki kiri di hadapan atau badan berada di antara kedua-dua belah kaki. Kedudukan ini adalah untuk bertindak semasa bola di kawal atau hantaran dibuat serta merta.
q Mata
- Mata hendaklah memandang bola sehingga ia ditahan.
q Bola daripada badan
- Pegangan adalah sema seperti menghadapi bola dari hadapan.
- Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk mengenalpasti arah bola yang hendak diterima.
- Lutut dibongkokkan sedikit
- Mata melihat bola.
- Kepala kayu diletakkan di sebelah kaki kanan di mana bahagian yang rata menghadap bola.
- Ubah kedudukan kayu daripada sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola.
- Silangkan kaki kanan
- Kilaskan kayu untuk menahan bola
- Tentukan kepala kayu berada di atas bola
- Mata sentiasa memerhati bola.
Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa latihan ansur maju bagi kemahiran menahan / menyerkap bola.
1. A menolak bola kepada B untuk menyerkap. B menyerkapkannya dan terus menolaknya kepada A untuk menyerkap. Latihan menolak dan menyerkap dapat dilaksanakan lebih kurang selasa 10 minit.
2. Aktiviti ini bertukar daripada menolak dan menyerkap kepada memukul dan menyerkap. Jarak antara kedua-dua pemain beransur-ansur berttambah dari 20 ela ke 30 ela, di mana kekuatan dan kepantasan melaksanakan kemahiran diutamakan.
3. A menolak bola ke kanan sedikit daripada B. B bergerak dan menghulurkan kayunya untuk menyerkap bola. Kemudiannya dia tolak balik bola itu kepada A. Kali ini A menolak itu kirinya sedikit. B gunakan kayu mengilas untuk menyerkap bola. Setelah beberapa percubaan B dan A menukar peranan iaitu A menyerkap dan B menolak.
3 Menolak
Menolak merupakan cara yang pantas sekali penghantaran bola dengan tepat kepada seorang rakan. Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-saat terakhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan menekan ia merupakan penghantaran yang terselamat dan boleh dibuat dengan mudahnya.
Menolak adalah satu kaedah menghantar bola yang mempunyai kelebihan.
Tujuannya ialah :
Membuat hantaran bola dengan cepat ke jarak yang dekat
Penentuan arah bola dibuat hingga ke saat akhir menjalankan perlakuan dengan itu ianya dapat mengelakkan pihak lawan dari mengetahui arah hantaran tersebut lebih awal.
Hantaran ini dapat dilakukan dengan cepat selepas melakukan kemahiran lain seperti mengelecek dan menahan bola.
Hantaran digunakan apabila melakukan tolakan ke dalam, membuat pukulan sudut penalty dan pukulan percuma.
o Pegangan
Tangan kiri diletakkan dihujung sebelah atas kayu sementara tangan kanan dibahagian tengah kayu.
o Kedudukan badan dan bola
Kaki dibuka agak luas sedikit (mengangkang)
Paras bahu kanan dihalakan di arah hantaran hendak dilakukan
Lutut dibengkokkan sementara badan direndahkan.
o Kedudukan kayu
Kayu hoki dirapatkan dengan bola
Kedudukan kayu dengan padang bersudut 45°
3.1 Menolak atau memukul dengan kayu mengilas
Menolak atau memukul dengan kayu mengilas merupakan perlakuan secara tersembunyi dan apabila keadaan masa terdesak. Kemahiran-kemahiran ini sangat berguna apabila hendak mengalahkan pihak lawan dalam jarak dekat seperti dalam situasi dua lawan satu.
ü Pegangan kayu
Caranya sama dengan teknik mengelicik India. Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan adalah lebih kurang 20 cm di bawahnya.
ü Cara berdiri
Kedudukan kaki sama seperti berlari iaitu ke hadapan dan satu kaki ke belakang. Kemahiran ini boleh dilaksanakan dengan ke dua-dua kaki.
ü Badan
Badan dibongkokkan ke hadapan supaya kepala dan mata tertumpu kepada bola semasa menolak dengan kayu mengilas.
ü Bola
Kedudukannya lebih kurang 40 cm hingga 45 cm di hadapan apabila tolakan atau pukulan hendak dibuat.
ü Pukulan mengilas
Hayunan kayu ke belakang adalah kurang tetapi hantaran adalah tepat. Kemahiran ini memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ia perlu kerapkali dilatihkan oleh seseorang pemain.
ü Tolakan mengilas
Tangan kanan pegang kayu dan ini akan mewujudkan kekuatan dan kawalan dalam penolakan. Tangan kiri Cuma membantu tangan kanan. Muka kayu iaitu blade bertentangan tempat ke arah bola dan menyentuhnya di beberapa seberapa lama yang boleh yakni gerakan rentak. Tujuannya ialah untuk menentukan pergerakan bola adalah secara leret di tanah.
ü Menceduk mengilas
Kedudukan badan dan kaki adalah sama seperti untuk menolak atau memukul secara mengilas tetapi blade kayu ditempatkan di bawah bola untuk menceduknya dari tanah. Teknik ini adalah baik unuk mengelirukan pihak lawan atau semasa hantaran kepada rakan hendak dibuat. Bola itu boleh dihantarkan ke hadapan atau pada satu-satu sudut tertentu.
Kemahiran-kemahiran ini adalah sangat penting untuk permainan hoki. Ini kerana kadar ketepatan dan kebolehpercayaan. Kemahiran-kemahiran ini digunakan sebagai kemahiran tersembunyi atau kecemasan untuk mengalahkan atau memerangkap pemain-pemain di kaki yang salah ataupun memerangkap penjaga gol. Pemulasan tangan dengan tiba-tibasangat dan kepentingan ini ditambahkan khasnya apabila mengelecik dalam keadaan-keadan ketat. Kemahiran-kemahiran ini harus dilatihdengan bola mata dan dalam pergerakan sahingga mereka disempurnakan.
Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa contoh latihan ansur maju untuk kemahiran menolak.
1. Gunakan satu bangku atau dinding. Pemain A berdiri lebih kurang 10 ela jauhnya dan menolak kepada bangku atau dinding seberapa kali yang boleh. Ini akan membantu seorang pemain itu membina kekuatan dan gunakan teknik yang betul dalam menolak. Jarak ini perlu ditambahkan beransur-ansur.
2. Gunakan tiang gol. Pemain sekarang menolak ke tiga-tiga 20 cm / kawasan dari atas bulatan jaringan. Ketepatan menolak mestilah diutamakan.
3. Dua tiang bendera berjarak satu ela didirikan. A dan B berada 10 ela dari satu sama lain. Mereka menolak bola kepada satu sama lain menerusi tiang-tiang bendera itu.
4. Mengelicik
Kemahiran ini merupakan satu teknik kawalan bola dengan pergerakan pantas. Ia menolong mengatasi pihak lawan atau mengumpan pihak lawan keluar tanpa kehilangan bola. Ia juga menolong membuka atau mewujudkan sudut-sudut hantaran bola. Ia membantu mengelakkan hantaran kepada pemain sepasukan yang berada di atas tempat ofsaid. Di atas permukaan licin kayu menyentuh bola tetapi di atas permukaan yang beralun-alun bola itu di tempat dengan kayu di hadapan. Kemahiran ini amat penting apabila hendak mengatasi pihak bertahan tanpa perolehan bola. Ada jua jenis mengelicik bola iaitu mengelicik (roll dibble) dan mengelicik India
4.1 Gelicik Meleret / Gelicik Berdepan
Kemahiran ini membenarkan seseorang pemain mengawal rapi bola dengan pergerakan pantas. Kedudukan bola adalah di hadapan dan di sebelah kanan dan ini membenarkan pemain memandang ke hadapan semasa berlari.
Ø Pegangan kayu
Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola sahaja.
Ø Bola
Bola hendaklah sentiasa lebih kurang 30-40cm di luar kaki kanan. Ia adalah di hadapan badan. Sekiranya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan jika terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya.
Ø Kaki dan badan
Badan dibengkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa / ‘relex’, semasa membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berlari. Kaedah ini megalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat menguasai permainan yang lebih luas.
4.1.1 Mengelicik India
Dalam jenis kemahiran ini bola itu ditarik dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan oleh seorang pemain. Kemahiran memegang kayu biasa dan mengilas menjadi penting kerana kayu sentiasa melekat. Oleh kerana kayu Cuma meluncurkan bola sahaja. Kemahiran kekeliruan ini sentiasa dapat menangkap pihak lawan di kaki yang salah. Kemahiran ini adalah penting disebabkan :
- Merupakan asas pergerakan bersama bola dalam permainan hoki.
- Pemain yang menguasainya mampu bertindak cemerlang dalam permainan.
- Kaedah ini hanya berguna sekira terdapat pemain lawan yang berhampiran.
- Perlakuan mengelecekan ini ialah memainkan bola secara silih berganti menggunakan hadapan kayu. Tangan kiri menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan di atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabung dengan tangan kiri untuk menukar arah pergerakan bola.
v Pegangan kayu
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan luar sambil buku jari tangan kiri mengadap badan pemain. Tangan kanan memegang kayu dibawah sedikit. Tangan kirilah yang memusingkan kayu sambil tangan kanan membantu sahaja. Bola ditarik ke kanan dan ke kiri oleh kayu dengan meluncurkan bola.
v Bola
Bola hendaklah berada lebih kurang 30 cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudiannya ditolak ke kaki kiri dan apabila ia sampai sahaja di kaki kiri, kayu meluncurkan bola dan menariknya balik kepada kaki kanan.
v Kaki dan badan
Kedudukan kaki adalah terbuka sedikit dan badan dibengkokkan ke hadapan dengan bola lebih kurang 60 cm di hadapan. Pada awalnya pergerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara perlahan dan kemudian secara pantas. Apabila pemain dapat bersedia untuk bergerak dengan bola. Di sini jika kaki kanan adalah di hadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki kiri bergerak ke hadapan, maka bola ditarik ke kiri juga. Untuk menguasai kemahiran ini seseorang pemain perlu mempelajarinya secara perlahan-lahan. Jika ia dapat bergerak secara perlahan dan latihan dapat dilakukan dengan baik, peningkatan kelajuan ditambah sehingga menguasai kemahiran ini.
Seorang pemain harus diingatkan bahawa bola mestilah di hadapannya semasa bergerak dan badan dicondongkan ke hadapan. Ini beransur-ansur menggalaknya memandang ke hadapan semasa bergerak. Rahsia kemahiran ini ialah pemusatan diri dalam latihan untuk menguasainya. Kayu sentiasa berhampiran dengan bola dan ini menolong mengawalkan bola pada setiap masa.
Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa aktiviti ansur maju untuk kemahiran mengelicik ini.
1. Mengelicik meleret tepi
A berjalan dan membawa bola dengan kedudukannya di sebelah kanan sehingga jarak 25 ela. Kemudiannya dia berlari-lari perlahan-lahan dan akhirnya lari dengan kadar biasa iaitu dengan pantas.
2. A sekarang menganyamkan diri secara keluar masuk di antara ke empat-empat tiang bendera dan kemudiannya lari dengan pantas serta mengelicik meleret tepi ke tempat asalnya. Keutamaan dalam latihan ini adalah kepantasan membawa bola dan menganyaman badan.
3. A sekarang cuba membentuka huruf S . Dia dibenarkan mengguna muka kayu dan pusingkan badan. Sekiranya pemain-pemain lain mengikutnya aktiviti ini ditukarkan kepada mengikut ketua.
Latihan :
“Slam Continuous Play”
q Latihan ini bertujuan untuk memperbaiki kawalan bola semasa bergerak dengan laju.
q Pemain akan cuba membawa bola melalui barisan skitel secara berselang-seli.
q Perhatian harus ditumpukan kepada kedudukan tangan kanan dan kiri pada kayu bagi membolehkan perlakuan pusingan penuh kepada posisi lakuan kilas. Langkah pendek membolehkan kelajuan yang tinggi . Bola sentiasa berada di hadapan badan.
5. Hantaran
Kemahiran ini merupakan aspek yang penting dalam hoki kerana bola dihantar kepada pemain dengan beberapa cara. Gerakan bola adalah secara meleret iaitu melalui menolak atau memukul atau ia diangkat kepada sesuatu paras yang sesuai atau menceduk oleh pemain dalam sesuatu jarak tertentu.
Terdapat beberapa jenis hantaran:
Hantaran memukul
Hantaran menolak
Hantaran pengutamaan
Hantaran benteng
Hantaran udara
Hantaran tepi.
5.1 Hantaran memukul
Bola dipukul kepada seseorang rakan yang berada jauh. Pemusatan si pemukul adalah tentang arah / sasaran bola itu dipukul. Si pemukul perlu bergerak menerima bola dan bukan menunggu bola sampai kepada dirinya. Jika dia berharap bola itu tiba kepadanya, bola itu akan direbut oleh pihak lawan. Itulah sebabnya pemain-pemain digalakkan bergerak semasa menerima bola.
5.2 Hantaran Menolak
Ini merupakan cara yang cepat dan berkesan sekali untuk menghantar bola kepada
seorang kawan atau mengalahkan pihak lawan dengan menangkapkan mereka di kaki
yang salah pada masa yang sesuai. Sesuatu permainan boleh diimbang atau dikalah
dengan pemikiran cepat pemain-pemain pada saat-saat terakhir penamatan permainan.
Pemain-pemain harus melatihkan kemahiran menolak dalam situasi-situasi permainan
dan permainan biasa juga. Latihan gerakan bola di antara pemain-pemain tanpa hilang
pemiliknya adalah amat penting. Pihak lawan sentiasa dikelirukan dengan hantaran
begini kerana tidak dapat mengenalpasti pemain mana atau bila perlu dijaga atau kawal.
5.3 Hantaran Pengutamaan
Hantaran ini memerlukan kecerdasan dan fahaman antara pemain-pemain. Tujuannya
ialah menangkap pihak bertahan yang jaga atau memecahkan ahli-ahli bertahan pihak
lawan. Pemain yang membuat hantaran perlu menentukan bahawa bola diletak diantara
kedua-dua pemain yang tidak boleh menyerkapkan bola yang adalah luar jarak kedua-dua
pemain. Ini adalah hantaran penembusan yang digunakan oleh pasukan-pasukan yang
ingin menjaringkan gol-gol dalam permainan hoki terbuka khasnya sesuatu pasukan yang
telah melatihkan diri. Oleh kerana ia adalah kemahiran berguna ia perlu dilatihkan
bersungguh-sungguh supaya satu persefahaman baik diberi antara pemain-pemain.
Mereka harus menyakinkan diri dalam hantaran dan menerima bola dan kalau tidak
mereka akan hilangkan perolehan bola.
5.4 Hantaran Benteng
Hantaran bola ini sama dengan di atas tetapi bola itu tidak dimiliki oleh rakannya.
Bola itu ditepuk balik kepada pemain yang membuat hantaran itu. Kemudian memecah
dan menyalakan pemain-pemain memerlukan pemikiran pantas kerana kedua-dua pemain
bergerak dengan pantas. Bola itu harus dimainkan di hadapan dan bukan di tepi atau di
belakang si penerima. Kerana itu kemahiran ini memerlukan latihan bersungguh-sungguh
supaya kerjasama dan persefahaman dibina antara pemain-pemain.
5.5 Hantaran Udara
Kemahiran ini sentiasa digunakan untuk mengalahkan pihak bertahan yang ketat
supaya pemain-pemain dapat menembusi diri dalam kawasan bulatan dan menjaringkan
gol-gol. Kemahiran ini sangat berguna pada hari hujan kerana padang banjir dan becak
dan pergerakan bola secara meleret amat sukar. Bola perlu diangkat melalui cara
menceduk atau menguis supaya ia dapat sampai kepada pemain lain. Ini memerlukan
pemikiran pantas dan adalah kemahiran yang paling berkesan untuk menukarkan keadaan
daripada bertahan kepada satu yang menyerang.
5.6 Hantaran Tepat ( Square Pass )
Hantaran ini sangat berguna semasa bertahan atau menyerang. Bola dihantar dengan
tepatnya dari seorang pemain kepada yang lain untuk membinakan corak permainan atau
untuk mengubahsuaikan corak permainan yang pantas. Jika sesuatu hantaran akan
menjadi berkesan ( efektif ) maka bola tidak boleh dipukul liar tetapi dihantar dengan
menolak, menguis atau memukul kerana tujuannya adalah untuk menguasai memilikinya
bola pada setiap masa.
Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa aktiviti ansur maju bagi kemahiran
hantaran.
1. a) Hantaran Tepat ( Square pass )
A membuat hantaran tepat kepada B. B mengelicikkan bola ke tempat B1 dan
membuat hantaran tepat kepada A ditempat A1. A kemudiannya membawa bola ke
tempat A2 dan membuat hantaran tepat kepada B di B2. Kedua-dua pemain teruskan
aktiviti hantaran tepat kepada satu sama lain secara menaik dan menurun di padang.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membina persefahaman yang lebih kukuh.
2. b) Hantaran Lintang Bujur ( Diagonal Pass )
A membuat hantaran lintang bujur kepada B untuk menerima di B1. Dengan serta-
merta dia membuat hantaran lintang kepada A untuk menerima di A1. Kedua-dua pemain
kemudiannya teruskan aktiviti.
3. c) Cantuman aktiviti A dan B
A membuat hantaran tepat kepada B yang dengan serta-mertanya kembalikan bola
dengan hantaran lintang kepada A. A menerima bola di tempat A1 dan terus membuat
hantaran tepat untuk B menerimanya di B1. Kedua-dua pemain teruskan latihan membuat
hantaran tepat dan lintang kepada satu sama lain di sepanjang padang.
Hantaran adalah berfungsi untuk menggerakkan bola lebih cepat berbanding dengan
melarikan atau mengeliciknya.
Selain dari menghantar ( memukul, menolak, menguis dll ) bola ke dalam gol, latihan
adalah perlu untuk :
Menghantar bola sambil bergerak ke sasaran yang bergerak
Menghantar bola agar sampai ke sasaran pada masa dan kedudukan yang tepat
Menghantar bola untuk menembusi pertahanan lawan. Penumpuan diberikan
kepada kekuatan daya, ketinggian dan arah hantaran.
Menyediakan diri untuk bermain semula selepas membuat hantaran. Pemain-
pemain dapat membantu pasukannya sebaik sahaja selepas melakukan hantaran.
6. Menerima
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting dalam permainan hoki.
Pemain mesti berupaya memperolehi, menjaga dan mengawal bola yang dating
dari semua arah pada kelajuan dan ketinggian yang berbeza.
Kedudukan pemain kemungkinannya bergerak atau static semasa menerima bola.
Prinsip yang perlu diberi penumpuan semasa penerimaan bola ialah:
Penerima mesti memerhati bola sehingga sampai ke kayu hoki.
Bola mestilah dibenarkan sampai kepada kayu hoki yang tidak bergerak.
Cara menerima bola:
A. Menerima dari hadapan
Cara memegang kayu hoki sama dengan mengelecek.
Kedudukan badan melintang dengan arah bola.
Rendahkan badan dengan membengkokkan lutut.
Kedudukan kayu dengan permukaan tanah ialah 70 darjah.
Kedudukan kayu dengan kaki agak jauh, atau diletakkan terus di hadapan badan
semasa kiri atau kanan.
Perhatikan bola sepanjang masa sehingga menyentuh kayu.
Untuk mengelakkan bola dari melantun, genggaman perlu dikawal dan kayu
mesti menyentuh tanah.
B. Menerima bola dari kiri
Genggaman seperti mengelecek.
Terima bola di hadapan kaki kanan.
Kayu selari dengan pandangan pemain dan arah laluan bola.
Perhatikan bola sehingga menyentuh kayu.
Jarakkan kaki semasa menerima bola.
C. Menerima bola dari kanan
Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
i. Terimaan hadapan
ii. Terimaan kilas
Kadangkala bola diterima di hadapan badan secara kilas, namun begitu bola
diterima dengan bahagian hadapan kayu dengan meletakkan kaki di hadapan.
D. Menerima bola dari belakang
a. Situasi ini kerap dihadapi iaitu pihak penyerang menerima bola dari pertahanan
pasukannya.
b. Teknik berikut adalah perlu dikuasai untuk digunakan dalam situasi yang
berbeza.
Apabila pemain dikawal rapi, bagi mengelakkan kesalahan kesalahan
menghalang penerima mestilah:
# memecut lintang ke arah bola dan mengawal bola yang diterima secara kawalan
hadapan.
# memecut lintang, mengawal bola yang diterima dengan kawalan tepi.
Dalam kedua-dua situasi di atas penerima perlu membuat hantaran semerta atau
berpusing menghadapi lawan untuk mengelakkan dari berlakunya kesalahan
menghalang.
ii. Sekiranya pemain tidak dikawal:
# penerima harus memberi isyarat kepada penghantar arah bola yang dikehendaki
sama ada di kanan atau kiri.
# mengawal bola menggunakan bahagian hadapan kayu jika hantaran diterima di
sebelah kiri dan menggunakan bahagian kilas kayu jika hantaran diterima di
sebelah kanan badan.
E. Menerima bola di udara
a. Kemahiran ini bertujuan untuk menjatuhkan bola yang diterima secara
terkawal di hadapan badan.
b. Genggaman adalah sama dengan tolakan dan permukaan kayu dicondongkan
menghadap ke tanah.
c. Untuk mengelakkan bola melantun terutama pada padang tiruan, kayu
hendaklah diletakkan di atas bola.
Latihan :
Pembantu menolak bola secara menyerong untuk pemain menerimanya sebelum
garisan 25 ela. Pemain mengawal dan membawa bola melepasi garisan 25 kemudian
memukulnya kepada pemain kedua yang menunggu di garisan tengah padang. Selepas
menghantar, pemain akan berlari ke hadapan untuk menerima hantaran menyerong dari
pemain kedua seterusnya mengawal bola dan mengelakkan skitel, seterusnya menuju ke
dalam D dan cuba menjaringkan gol. Pemain berkenaan mengambil bola kemudian
memberinya kepada pembantu dan menunggu gilirannya di garisan baru.
7. Mengelak
Mengelak merupakan teknik menjauhkan diri dari pihak lawan pada masa yang tepat.
Tekinik ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan terlalu awal atau terlalu lambat.
Teknik ini memerlukan gerakan terkawal dan penumpuan tertentu. Antaranya:
a. genggaman kayu yang betul ( sama seperti mengelecek )
b. bola sentiasa di hadapan pemain
c. ‘ timing ‘ mestilah baik dan tepat
d. gerak badan untuk mengelirukan mestilah dimiliki
e. pastikan kedudukan badan, kayu dan bola adalah betul.
8. Cara mengelak
A. Mengelak Pasif
Mengelak boleh dilakukan sama ada kiri atau kanan. Untuk mendapatkan penguasaan
dalam kemahiran ini latihan boleh dijalankan menggunakan halangan pasif iaitu skitel.
Pemain mengelecek bola ke arah skitel dan cuba mengelakkannya disebelah kiri atau
kanan dan seterusnya sehingga skitel yang terakhir. Kemudian menghantar kepada
rakannya yang berdiri di hadapan. Perlakuan dijalankan secara bergilir-gilir.
B. Mengelak Aktif
Tindakan semasa latihan adalah seperti dalam suasana permainan sebenar.
Pasangan semasa latihan adalah pemain lawan dalam permainan sebenar.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian antaranya:
Penyerang yang membawa bola perlu menentukan kedudukan badan, kayu dan
bola betul.
Jarak antaranya dengan pemain pasukan lawan
Bila hendak mula memecut
Bagaimana gerakan badan ( body movement )
Bila pertukaran arah boleh dilakukan sama ada ke kiri atau kanan
Masa menjarakkan bola dari pihak lawan
Gunakan kilas kayu untuk mengawal semula bola
Latihan-latihan yang boleh dijalankan untuk kemahiran ini kebanyakannya berbentuk
permainan kecil kerana ianya memerlukan pihak yang menyerang dan bertahan.
9. Merebut
Kemahiran ini adalah untuk melemahkan kawalan pasukan lawan dengan merampas
bola daripadanya seterusnya menguasai bola tersebut untuk membuat serangan balas.
Untuk berjaya melakukan rebutan pemain biasanya perlu mempunyai kebolehan
membayang yang bertujuan untuk :
membolehkan seorang pemain mengekori pihak lawan atau sentiasa berada di
hadapan pihak lawan.
membiasakan seorang pemain dengan pergerakan yang pantas dan sentiasa
bergerak.
membiasakan pemain sentiasa memerhatikan bola
membiasakan pemain bergerak tanpa bola
membiasakan pemain dengan gerakan badan dan kayu yang mengelirukan
Jenis-jenis Rebutan
1. Rebutan Hadapan
Teknik ini digunakan oleh pemain pertahanan yang static dalam keadaan satu lawan
satu di mana penyerang perlu melepasi pihak lawan tersebut. Perlakuannya adalah
dengan menghulurkan kayu ke hadapan dan kemudian menarik ke kedudukan asalnya
dengan pantas sekiranya tidak berjaya merebut bola pada kali pertama. Dalam latihan
tentukan agar setiap percubaan awal merebut pemain tersebut diberi peluang untuk
menguasai bola.
2. Rebutan Lonjak
Rebutan bergantung kepada keadaan di mana secara mengejut kayu dihulurkan ke
hadapan menggunakan tangan kiri.
Tangan kiri perlu memegang dengan kuat walau pun pada peringkat awal
mendapat bantuan tangan kanan.
Berat badan akan dipindahkan ke kaki kiri sambil mengimbangkan posisi badan.
3. Rebutan Kilas
Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan kerana menggunakan tangan kiri
dan perlu dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan.
Elakkan penggunaan teknik ini. Gunakan bila benar-benar perlu sahaja.
Tujuan teknik ini ialah untuk memerangkap bola menggunakan ‘ reverse stick’ di
mana bola dapat dikawal sementara pemain lawan terdorong ke hadapan.
Rebutan ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.
10. Penjagaan Gol
Pemain yang bertanggungjawab menjadi penjaga gol mestilah mempunyai beberapa
kriteria tertentu kerana kelemahan atau kecemerlangan penjaga gol akan mempengaruhi
keputusan sesuatu perlawanan iaitu kegagalan dan kejayaan sesuatu pasukan. Antara
kriteria tersebut ialah:
a. Penjaga gol mesti berani
b. Penjaga gol mesti mempunyai konsentrasi yang baik
c. Penjaga gol mesti mempunyai reaksi yang pantas dan fleksibel
d. Pemain tidak boleh dipaksa menjadi penjaga gol
Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol perkara-perkara yang perlu
diberi penumpuan ialah:
1. Cara Berdiri
Cara berdiri adalah dengan kaki rapat dalam keadaan sedia, lutut dikendurkan dan
badan bongkok sedikit.
Dalam keadaan badan bongkok, kepala menghadap ke hadapan.
Tangan kanan yang memegang kayu di bahagian tengah pada aras pinggang
sementara bahagian leper kayu menghadap ke hadapan.
Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan
menghala ke hadapan.
Latihan Untuk Dirian
Penjaga gol berlari 5 langkah ke hadapan dan berada dalam keadaan posisi
bersedia.
Berundur ke tempat permulaan dan keluar semula secara berulang alik. Sentiasa
dalam keadaan sedia bila berkedudukan static.
Penjaga Gol
Seorang penjaga gol mesti pantas dalam pergerakan dan cekal dalam mengawal
sudut. Untuk mendapatkannya, regangan perlu diberi penumpuan kepada pinggang,
belakang, bahu dan kaki.
Kecekapan Gerakbalas
Kemahiran Menahan
Kemahiran Mengawal Sudut
Kemahiran Menendang
Seorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola dengan yakin
dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. Oleh kerana keupayaan dan minat
menendang bola dengan sebelah kaki sahaja, latihan kepada kaki yang lemah perlu untuk
mengelakkan bola dari gol kerana tendangan yang tidak sempurna oleh kaki yang lemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment