Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Friday, October 22, 2010

Pendidikan Luar

Mengapa Tidak Di Pantai Merdeka.

1.Pantai Merdeka bukanlah terkenal sebagai tempat untuk melakukan aktiviti PL memandangkan kekurangan tempat tersebut dari segi lokasi,kemudahan,peralatan dan kesesuaian.
2. Tiada tempat untuk aktiviti snorkling
3. Tiada tempat sesuai untuk aktiviti abseiling dan repelling.
4. Kurang kemudahan peralatan memasak.Semua peralatan memasak seperti sudu,garfu,periuk belanga perlu dibawa dari KSAH.
5. Lokasi tidak begitu menarik untuk dijadikan memori yang dapat dikenang hingga akhir hayat.
6.keadaan pasang surut air laut perlu diambil kira dengan keadaan pasir tanah liat.
7.Semua batch PGSR seluruh negara berpeluang membuat aktiviti PL di tempat pilihan mereka sendiri.
IPG TI pergi Kuala Tahan , IPG Bainun pergi Pangkor takkan IPG KSAH pergi pantai merdeka ?
8. Ko pikirlah sendiri...

Matlamat Pendidikan Luar:
1.Sukatan Pelajaran Kursus Pendidikan Luar memberikan  penekanan     khusus  kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan  dan berkeupayaan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh.  Jika pantai Merdeka tidak berupaya dari segi kapisitinya menampung keperluan itu maka mengapa memilih Pantai Merdeka ?
2.Menilai pelajar dari sudut perancangan untuk mengendalikan PL termasuklah penyediaan kertas kerja dan penyusunan jadual program.Tempat yang kami rancangkan di Pangkor memandangkan disitu terdapat banyak kemudahan dari segi peralatan dan kemudahan logistik. Jadi jika perancangan kami tidak diambil kira,dimana logiknya penilaian dibuat bila kami disuruh PL di tempat yang kami tidak rancang?

3.Meningkatkan motivasi diri dan memperkukuhkan sifat-sifat kepimpinan di kalangan Kumpulan PGSR PJ.Motivasi diri sangat penting jika kita ingin melaksanakan aktiviti sebegini.Tetapi setelah kami mengetahui tempat PL hanya di Pantai Merdeka bagaimana kami ingin meningkatkan motivasi dan merperkukuhkan sifat2 kepimpinan kami.?

Kami mohon agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan pihak tuan.

No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan