Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Thursday, December 26, 2013

SEJARAH OLAHRAGA

SEJARAH OLAHRAGA



Adalah sesuatu yang lumrah dan semula jadi bagi manusia sejak bertahun-lahun dahulu lagi tnelihat kepada kekuatan dan keupayaan menerusi perlaku_berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ni dianggap serta dilambangkan sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pnda mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan. oIeh setiap individu terutama kaum Ielaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkernbangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kernudiannya dipertanding­kan.

Tujuan diadakan pertandingan diadakaan hanyalah semata-mata unituk rnencari siapa yang lebih pantas, lebih tinggi atau lebih kuat daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat itu setiap individu akan berusaha menandingi yang lain, dan akhirnya wujudlah ciri-ciri ingin berjaya, menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaaa itu diteruskan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih tekun lagi untuk menumpaskan lawan dan mahu muncul sebagai pemenang pula.Disini sudah wujud suatu pertandingan yang sudath tentu akan menjadi menarik.


Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai mereka yang mengambil bahagian serta bertanding menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu. mereka akan berlatih bersungguh­-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini rnenjadikan pertandingan menguji kebolehan itu menarik dan berjaya pula menarik minat orang rarnai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingnn agak berbeza, tetapi mat1arnat dan tujuan sebenar adalah sama.

Hari ini kita dapat melihat di rnerata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan kaum wanita.Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau athletics. Sejak zaman sebelum Masehi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

 


 

 

SEJARAH AWAL


Walaupun diakui sudah terdapat per­tandingan sejak zaman Sebelum Masehi lagi, tetapi adalah sukar untuk menge­tahui dengan je!as dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti  berlari, melompat dan melontar ini sebagai pertandingan.Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan sejarah,bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 2000 tahun yang lampau Iagi. Jika demikian diakui bernakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia.

Salah satu bukti kuat untuk mejelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Rome.Sukan itu yang dipercayai berrnula pada tahun 776 SM hingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanva olahraga sebagai sukan yang merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,walaupun difahamkan matlamat awal dan  utama mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan.  Mereka lebih meng­anggap olahraga sebagai salah satu cabang seni yang dapat dilihat daripada peserta yang mengambil bahagian.

DaIam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno,olahraga merupakan acara utama,mula mendapat perhatian ramai. Sebuah bukti tentang sejarah dan perkembangan sukan  iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyebut tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatat bahawa lornpat jauh dianggap sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik itu yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 379 SM. Selepas itu sukan ini  tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rome, Theodosius, yang tidak menyatakan sebarang alasan.

Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk berasa kehilangan ssesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkurnpul dan bertanding seperti sebelumnya.Bagaimanapun,mereka tetap meneruskan akttviti yang melibatkan mereka berlari, melompat dan melontar. Setidak-­tidaknya mereka dapat juga  mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai.Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek, maka tiadalah negara lain yang mahu atau sanggup meneruskan tradisi mengadakan sukan tersebut. Akhirnva berkuburlah sukan itu untuk sekian Iama.

Hal ini berlanjutan sehingga abad ke 19.Selarna tempoh itu,, rnereka yang ternanti-nantikan akan kemunculan Sukan Olimpik itu tidak berputus asa.Mereka terus mengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan.

PERKEMBANGANAN PADA ZAMAN MODEN


Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalarn pada itu terdapat juga usaha negara-negara selain daripada Creek yang rnula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga.Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kemballi oIeh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu rnengadakan temasya sukan olahraga tolah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata ternpat, khususnya di England.

Tidak berapa  lama selepas itu muncul pula kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England.Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga lain selepas itu. Banyak sekolah turut menggalakkan pelajar-pelajar mengelibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah,kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan olahraga amat sesuai. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti terawal menubuhkan pasukan olahraganya, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang man­banggakan ialah kelab itu masih wujud hingga ke hart ini.

Perkembangan sukan di negara­-negara Eropah khususnya di England pada abad ke-19 memang ketara termasuk sukan olahraga.Ini menjadikan penerimaan penduduk di situ mudah untuk mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini.Oleh itu tidak hairanlah dikatakan bahawa tahun-­tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan pesat sukan olahraga di England.Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini,kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut.Sekali lagi olahraga mendapat sambutan ­yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orangramai sudah mula meminati sukan olahraga dan turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada.Usaha untuk mengembangkan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga per­tama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa.Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga  di Amenika Syarikat telah mendapat sambutan yang amat  menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat.Pada  penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini telah mampu me­nunjukkan prestasi yang membanggakan.Sebilangan besar daripada olahragawan Amerika Syarikat berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.

Perkara yang membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan meme­cahkan rekod yang sedia ada. Bagaimanapun, ketika itu  kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan sehingga mengakibatkan rekod­-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan kemudiannya. Bagaimanapun yang pasti daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga me­nunjukkan bahawa sebahagian besar adalah peserta Arnerika Syarikat.

Perkembangan seterusnya ialah ke. negara-negara Eropah yang lain, selain Kepulauan lnggeris. Selanjutnya, olahraga juga turut diperkenalkan ke berapa negara dunia lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat,malah dalarn rnasa yang singkat sahaja sudah rnampu meng­hasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika tidak tergugat kerana mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa..Hal inji  ditambah lagi dengan kemunculan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang rnenunjukkan keupayaan dan prestasi yang rnem­banggakan malah menakjubkan.

Sementara itu di negara-negara lain turut diadakan perjumpaan olahraga yang turut disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malah menerusi persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang diadakan dengan meriah dan meng­galakkan. Perjumpaan oIahraga seperti Sukan Olirrpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta dalam bidang olahraga.Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan dianggap sebagai perjumpaan sukan terbesar di dunia dan olahraga -merupakan acara yang utama dalarn sukan tersebut.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu rnenandingi peserta dan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.Ahli-ahli olahraga dan Asia,Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan, walaupun prestasi yang mereka tunjukkan rnasih belum mampu rnenggugat penguasaan ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini.Ini menjadikan per­tandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.

Kebanyakan negara dunia mula menubuhkan persatuan masing-masing seteIah beberapa tahun olahraga diper­kenalkan di negara mereka. Persatuan-­persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang ingin disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertujuan rnenjadi badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara. kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari negara-negara ini mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjurnpaan olahraga yang di­anjurkan oleh rnana-mana persatuan yang bergabung di dalam persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.


 

 

 

 



 






















SUKAN OLIMPIK PERJUMPAAN SUKAN TERBESAR DUNIA



Jika ditanya apakah perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah dapat memberi jawapan. Dengan penglibatan lebih daripada 10,000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas sememangnya Sukan Olimpik ini adalah rrerupakan perjumpaan sukan terbesar dunia.Malah sejak pertama kali diadakan,hingga kini Sukan Ohmpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama,warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan yang terdapat pada sukan ini.

Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Bagaimanapun,seperti yang dinyatakan, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik unsur moden diadakari buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, sudah tentu ramai yang rnengalu-alukannya.Sukan o1ahraga  merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini dan kini walaupun terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, namun olahraga masih menduduki kedudukan teratas dan segi keutaman.Sekiranya sukan itu di­adakan tanpa acara olahraga,sudah tentu Sukan Olimpik tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali dan diadakan dipelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.

         Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga kekal menjadi acara utama.Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona, dengan penyertaan daripada 135 buah negara dunia,termasuk negara kita.Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Dengan moto atau cogan kata berbunvi: Citius, Altius, Fortius(Swifter,Higher,Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahraga yang menjadi tunjang kepada cogan kata ini.Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik moden ini;iaitu Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan dalam sukan, tetapi mengambil bahagian.Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negara-negara kecil untuk turut serta yang awal-awal lagi sudah mengaku bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara ini.

 










MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK


Berbincang tentang Sukan Olimpik, tentu ada daripada kita yang tertanya-tanya bilakah negara kita mula mengarnbil bahagian dan adakah kita pernah me­menangi sebarang pingat di sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula rnengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Dalarn penyertaan kali pertama itu, kita mengambil bahagian dalam acarra hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu ,negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian,kecuali pada tahun 1980 sebagai pemulauan disebabkan pencerobohan tuan rumah Russia ke atas Afganistan ketika itu.

    Sepanjang penyertaan negara kita dalarn sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat gangsa yang rnarnpu kita menangi iaitu menerusi acara badminton dalam Sukan Olimpih 1992 yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara.Dalam acara atau sukan lain kita masih belum memenangi sebarang pingat.Semangat Olimpik,pengalaman dan persahabatan ,serta ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar negara lain.Yang penting sukan olahraga berjaya meletakkan Sukan Olimpik pada tahap  tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia.Di samping itu yang tidak kurang pentingnya juga ialah Sukan Olirnpil berjava rnengumpulkan tumpuan dan minat seluruh penduduk dunia dan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul..Secara tidak Iangsung sukan ini  berjaya meleraikan sebarang masalah yang timbul.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 









PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA



Seperti kebanvakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembangkan dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan terrmasuk olahraga ialah menerusi persatuan.Oleh itu,adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu.Bagi olahraga,badan atau pertubuhan tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa(IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.Keahlian persatuan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini.Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini.

    Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga pada peringkat antarabangsa hendaklah sama ada mendapat ke­benaran dan pengiktirafan IAAF ataupun. dianjurkan sendiri oleh badan itu.Badan ini juga bertanggtingjawab menyelesaikan sebarang rnasalah atau pertikaian yang mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungan.Umpamanva dalam menganjurkan perjurnpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik,Sukan Komanwel,Sukan Asia dan lain-lain,persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF hendaklah diperolehi.

Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa juga berperanan mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk diikuti atau dipatuhi oleh semua negara yang menganggotai Persatuan Olahraga Arnatur Antarabangsa. Begitu jtiga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, tidak kira di rnana asalkan rnendapat kelulusan  IAAF, dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya IAAF seme­mangnya berperanan dalam sebarang hal berkaitan sukan olahraga di peringkat dunia.

















OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN
Tiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun,iaitu berlari,melompat dan melontar sememangnya merupakan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain yang mampu dilakukan oleh manusia sama ada seorang lelaki atau wanita ,tua atau muda,bekerja sebagai buruh atau pegawai ,asakan sihat tubuh badan.,akan melakukan ketiga-tiga aktiviti ini,baik secara sedar atau tidak.Daripada pergerakan inilah munculnya satu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang iaitu olahraga.

        Sebagai sejenis sukan yang dipertandingkan,sudah tentu aktivitri ini diubahsuai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang atau pecahan daripada olahraga juga dicipta atau atau diperbaiki dengan tujuan dapat dijadikan acara yang menarik lagi sesuai dipertandingkan.Yang nyata kini ialah  daripada poerlakuan memenuhi riadah atau rekreasi,lama-kelamaan olahraga menjadi acara sukan yang amat di minati  sehingga menjadi bidang dipertandingkan yang menarik dan sengit.

        Tidak dinafikan juga banyak lagin kebaikan daripada sukan olahraga  ini  yang menyebabkan orangramai berlumba-lumba menyertainya,daripada peringkat paling rendah seperti sekolah rendah sehingga ke peringkat yang tingi seperti Sukan Olimpik.Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkahlaku manjusia serta peribadi seseorang.

        Sifat-sifat seperti bersemangat waja,keazaman kuat,berdisiplin tinggi,keinginan untuk mencapai kejayaan,semangat berpasukan,bertimbang rasa ,dan bertolak ansur,tolong-menolong,menengkan fikiran dan bersaing adalah antara factor yang membantu perkembangan mental,fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang melibatkan  diri dalam olahraga.Ini diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta ,tetapi merangkumi pegawai,jurulatih,pengajar,pembantu malahan penonton umumnya.

        Olahraga mempunyai sejarah paling tua.Seperti yang dinyatakan,manusia sudah mula melakukan aktiviti berlari,melompat dan melontar sejak zaman kuno lagi.Sukan Olimpik kuno membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu kemudianya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehinga menjadi persaingan yang menarik  dan diminati ramai.Kiniramai anak muda dan remaja yang yang ingin malah telah menceburkan diri dalam olahraga.Ada yang mengambil bahagian diperingkat sekolah ,ada juga yang telah mewakili daerah,negeri dan tidak kurang pula yang berjaya mewakili negara.

           Pertandingan dan perjumpaan olahraga diadakan dan dianjurkan dipelbagai peringkat.Pelbagai acaradiadakan sama ada untuk Ielaki ataupun perempuan. Daripada pertandingan yang dijalankan, para pemenang diberikan hadiah yang menarik. Kepuasan me­mecah dan mencipta rekod baharu dan semasa ke semasa sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau kejohanan dunia menjadikan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat dan impian tersebut.Dengan demikian,kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan olahraga ada sahaja rekod haharu menggantikan yang lama.

 

SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN


Seseorang yang mengamhil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki dan atlit bagi wanita. Gelaran ini berlainan daripada mereka yang mengambil bahagian dalam sukan-sukan lain. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiri daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan rnungkin juga bertaraf profesional, yakni Mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk mengambil bahagian. Kini ramai juga para olahra­gawan dan olahragawati terutamanya di Barat yang dikategorikan sebagai pro­fesional.Malah ada antara mereka yang sudah menjadi jutawan.

Apakah boleh setiap orang mengambil bahagian dalam sukan olahraga? Apakah acara yang sesuai bagi seseorang untuk disertai? Disebabkan terdapat banyak acara di dalam sukan olahraga, maka seseorang olahnagawan bebas memilih acara yang paling sesuai berdasarkan keupayaan dan kebolehan mereka sendini. Adalah tidak mungkin seseorang olahragawan rnampu mengambil bahagian dalarn semua atau sejumlah besar acara, padahal dia hanya berkeupayaan dalam beberapa atau satu dua acara tertentu sahaja. Ada pula olahnagawan yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu mencapai prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara.

Sebagai olahnagawan, seseonang itu diharapkan mempunyai beberapa sifat dan ciri tertentu yang diharapkan mampu membawa kepada kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu walaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih atau guru pengawas. Antara sifat dan ciri-ciri itu adalah sepenti berikut:

1.   Disipli tinggi
 Setiap olahnagawan seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi, sama ada semasa    mengikuti latihan ataupun  pentandingan. Arahan junulatih dan guru pengawas hen­daklah dipatuhi. Segala peraturan dan undang-undang hendaklah diikuti juga.

2.  Semangat tinggi
Setiap olahragawan harus mem punyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan seterusnya kejayaan. Semua ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan   tunjukajar junulatih.

3.  Berperibadi mulia dan dihormati
Olahnagawan serta ahli-ahli sukan amnya sering menjadi perhatian ikutan orang ramai. O!eh itu mereka harus menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak terkeluar daripada lunas-lunas kemasyarakatan, keagamaan dan aspirasi negara.


4.   Mempunyai semangat berpasukan
Sebagai ahli olahraga, mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan yang harus saling mem­bantu, bekerjasama dan bertanggung­jawab terhadap pasukan yang mereka wakili, terutamanya jika penyertaan mereka adalah menerusi acara-acara berpasukan.

5.   Bersemanagt tinggi dan tidak menyerah kalah
Matlamat utama seseorang yang mengarnbil bahagian dalam olahraga ialah untuk mencapai kejayaan serta mernpamerkan prestasi terbaik melebihi lawan. Di sini mereka terpaksa mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah. Jika mereka tidak mencapai kejayaan, mereka patut berusaha mempamerkan persembahan terbaik sedaya mungkin.

6. Penyabar dan bertimbang rasa
Olahragawan mempunyai sifat penyabar dan bertimbang rasa walaupun dalam pelbagai situasi dalam dan luar kejohanan, lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam kejohanan itu.

Di samping itu banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri ahli-ahli olahraga. Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi daripada olahragawan, keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi ikutan masyarakat umum. Mereka pula hendaklah berusaha bersungguh-sungguh serta mengamalkan sifat dan sikap yang dapat membantu mereka meningkatkan prestasi mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan kepada mereka yang mula menceburkan diri dalam bidang ini. Segala yang baik daripada mereka dijadikan pendorong kepada meneka yang barn menceburkan din.



 


 
















PENGELIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA

 


Olahraga bukan hanya diceburi oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita atau perempuan juga turut melibatkan diri. Mungkin pada peringkat awal peng­llibatan kaum wanita dalam olahraga khususnva dan sukan amnya mendapat tentangan daripada bebenapa pihak tertentu, tetapi Iama kelamaan diakui bahawa penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehingga ada kalanya pencapaian rnereka amat membanggakan malah menandingi Ielaki. Banyak acara olahraga yang disertai oleh Ielaki juga menjadi acara untuk wanita.Gaya larian, keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yang menakjubkan.

Penglibatan wanita dalarn sukan khususnya olahraga tidaklah semudah dan seawal seperti yang berlaku kepada lelaki. Mengikut sejarah kemunculan olahnaga sebagai sukan, wanita dilarang daripada rnengambil bahagian. Pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepada mereka malah mereka dilarang daripada menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam sukan.Dalam Sukan Olimpik Kuno yang telah diadakan pada zaman silam, wanita tidak dibenarkan menonton.

Bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang menunjukkan minat yang tinggi dalam Bidang sukan ini, dicadangkan supaya mengadakan suatu kejohanan khusus untuk mereka. Sukan yang dikenali sebagai Sukan Hareaa juga diadakan pada tahun-tahun Sebelum Masehi lagi. Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya ke England, wanita juga dilarang mengamhil bahagian dalam olahraga. Persatuan olahraga juga enggan menganjurkan kejohanan dan per­jumpaan olahraga untuk wanita.

Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganj urkan kejohanan untuk wanita.Menyedari penglibatan dan penvertaan wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum ini ditubuhkan.Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale. Persatuan ml ditubuhkan pada tahun 1921. Tujuan utama penubuhan persatuan ini ialah sebagai usaha untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik yang akan diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepada wanita.Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.Akan tetapi bukan untuk Sukan Olimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan.

Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia it telah disambut dengan gembira oleh olahragawati pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah dilupakan. Di samping berjaya mem­pamerkan persembahan dan prestasi yang tinggi mutunya, mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminat sukan dunia. Secara tidak Iangsung mereka memeriahkan lagi temasya sukan itu.


Negara kita juga memheri peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri bukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan yang lain. Prestasi yang mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dan segi mutu, tetapi turut menaikkan nama negara dalam sukan antanabangsa, khususnya olahraga. Begitu juga dengan pelajar dan murid-murid sekolah, yang turut diberi peluang mengamhil bahagian dalam sukan ini sejak daripada sekolah rendah lagi.Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semua rakyat tidak kira lelaki atau wanita.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 









 












ACARA-ACARA PADANG


Seperti yang dinyatakan terdahulu, olahraga sebagai sukan dibahagikan kepada dua bahagian yang berlainan, iaitu bahagian balapan atau trek dan bahagian padang. Kita telah bincangkan dengan     meluas bahagian balapan yang merangkumi semua acara larian, sama ada larian pecut, larian jarak sederhana, larian jarak jauh, larian berpagar ataupun larian berganti-ganti.Ini  bermakna semua acara ini dijalankan di dalam balapan. Ada acara yang disertai khusus oleh lelaki dan tidak kurang pula acara yang tunt disertai oleh wanita.

        Dalam bahagian padang pula, umumnya terdapat dua jenis acara yang dipertandingkan menerusi sukan olahraga, iaitu lompatan, Iontaran atau balingan. Kebanyakan acara yang terdapat dalam bahagian padang disertai oleh lelaki dan wanita walaupun ada juga yang hanya melibatkan lelaki. Semua acara ini diadakan dalam kawasan padang, atau kawasan selain daripada balapan. Pihak penganjur hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk semua acara ini diadakan sebelum rnemulakan sesuatu pertandingan.

        Acara-acara yang tergolong dalam bahagian padang adalal-t Ianjutan daripada cogan kata awal Sukan Olimpik iaitu lebih pantas, lebih tinggi dan lebih kuat. Sejak zaman kuno lagi kegiatan berlari, melontar dan melompat adalah aktiviti utama yang dilakukan manusia dalam usaha meneruskan penghidupan mereka. Ketiga-tiga aktiviti ini me­rupakan seni yang terdapat pada setiap manusia yang sihat. Sama ada disedari ataupun tidak semua manusia yang sempurna fizikalnva melakukan aktiviti ini dan perlakuan mereka adalah mengikut keupayaan dan keholehan masing-masing, sama ada laju, tinggi, jauh ataupun kuat.
       
        Aktiviti yang kemudiannya menjadi acara sukan yang diminati menerusi olahraga ialah lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan Iompat bergalah dalam bahagian lompatan dan lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing serta baling tukul besi dalam bahagian lontaran. Semua acara ini turut disertai oleh wanita kecuali lompat bergalah, lontar tukul besi dan lompat kijang (kini lompat kijang sudah dibuka penyertaan untuk wanita, termasuk dalain kejohanan peringkat kebangsaan di negara kita).

Sebagai menjadikan kedua-dua aktiviti Iompatan dan balingan atau lontaran sebagai acara sukan, peran­cangan dan Iatihan yang teratur, penuh disiplin dan perbelanjaan sewajarnya amat diperlukan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam mana-mana acara ini dan ingin menjadi ahli yang mahir dan berprestasi sudah tentu beberapa pengorbanan dan ciri di­perlukan daripada mereka. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh dan mampu berlari, tetapi tidak semua orang pula yang mampu melompat atau melontar dengan baik.


      

    Semua acara lompat dan lontar ini rnemerlukan kernahiran dan teknik tertentu daripada mereka yang menyertai acara itu.

        Jika dalam kebanvakan acara Iari, tiada sebarang peralatan dan kemahiran yang diperlukan, kecuali dalam acara Ian berpagar, tetapi dalam acara lompat dan Iontar ini beberapa peralatan tententu diperlukan. Begitu juga bentuk dan kaedah Iatihan yang diadakan agak benbeza daripada latihan untuk balapan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam acara-acara padang ini me­merlukan jurulatih yang berlainan daripada jurulatih untuk balapan. Dalam olahraga peringkat antarabangsa, jurulatih untuk setiap acara padang disediakan untuk rnemberikan Iatihan dan panduan kepada olahragawan yang mengambil bahagian dalam acara-acara ini.

        Setiap acara juga mempunyai sejarah dan tradisi sendiri. Dengan itu, tidak hairanlah jika acara-acara ini diterima sebagai acara sukan olahraga pada masa yang berbeza-beza. Begitu juga dengan penyertaan dan tahap pencapaian mereka yang mengambil bahagian.Perbezaan juga terdapat pada jenis atau berat bahan atau peralatan umpamanya untuk Iontaran, mengikut peringkat umum dan jantina. Bagai­manapun, semua acara Iontaran dan lompatan ini kini sudah diterima sebagai acara-acara olahraga yang menarik dan setanding dengan acara larian.

           Kita akan bincangkan setiap acara padang ini secara terperinci dalam bab­-bab berikutnya. Dalam setiap acara yang dibincangkan, penumpuan adalah terhadap peralatan dan penggunaan, teknik dan kemahinan, taktik dan pencapaian, ciri-ciri peserta dan jenis Iatihan dan panduan ke arah prestasi cemerlang.

        Senarai acara-acara Iontaran dan lompatan seperti yang diterima dalam kebanyakan penjumpaan olahnaga, sama ada pada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa adalah seperti di bawah. Mungkin di peringkat sekolah, terdapat beberapa acara yang diketepikan kerana kesesuaiannya pada peringkat sedemi­kian, serta mungkin juga disebabkan kemudahan dari segi peralatan dan kepakaran.














Acara-acara padang yang dipertandingkan :


 


             Jenis/Bahagan             Acara                               Penyertaan
             
              Lompat                   Lompat jauh                                        Lelaki /Wanita
                                              Lompat tinggi                                      Lelaki/Wanita
                                              Lompat kijang                                     Lelaki/Wanita
                                              Lompat bergalah                                Lelaki
             
              Lontar                     Lontar peluru                                      Lelaki/Wanita
                                              Lempar cakera                                   Lelaki/Wanita
                                              Rejam lembing                                   Lelaki/Wanita
                                              Lontar tukul besi                                Lelaki



         Dalarn acara-acara balapan, penentuan pencapaian atau prestasi seseorang peserta adalah berdasarkan masa yang diambil.Lebih sedikit rnasa, bermakna lebih pantaslah pencapaian peserta dalarn sesuatu acara yang jisertainya. Jika rnasa yang diambil itu lama berrnakna larnbat dan lemah prestasinya. Bagi mengukur pencapaian seseorang peserta olahraga bahagian padang, ketinggian dan kejauhan jarak menjadi ukuran.ini bermakna jika seseorang peserta berjaya membuat lompatan yang jauh atau paling tinggi atau lontaran paling jauh bererti seseorang itu rnempunyai prestasi yang baik dan rnenduduki tempat teratas. Sebaliknya jika Iontaran atau lom­patannya dekat atau rendah, bermakna lernah prestasinya.

         Dalam usaha melakukan lontaran atau lompatan. seseorang peserta mempunvai dua matlamat, iaitu untuk mencatat jarak atau ketinggian terbaik berbanding dengan peserta lain. Matlamat kedua ialah mendapatkan ketinggian atau jarak paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri, tanpa mem­bandingkan dengan prestasi peserta lain. Pencapaian peserta itu akan dijadikan landasan baginya untuk memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang.

         Di negara kita khususnva dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah, daerah malah negeri dan kadang kala kebangsaan, kita masih menggunakan kaedah lama iaitu menggunakan pita pengukur untuk mengukur sesuatu jarak atau ketinggian dalam sesuatu acara padang. Adakalanva penggunaan peralatan elektronik  digunakan dalam kebanyakan perjumpaan olabraga peringkat antarahangsa, boleh dikatakan semua acara sudah menggunakan kaedah elektronik ini yang sudah tentunya lehih mudah, cepat dan yang lebih penting ialab tepat, dibandingkan dengan cara lama.




ACARA PADANG UNTUK MURID SEKOLAH DAN WANITA

Daripada senarai acara padang yang diberikan, tidak semua diambil bahagian oleh murid dan wanita. Faktor umur, jantina, ke­selamatan dan kesukaran menyebabkan ada sesetengah acara terpaksa di­ketepikan. Tiga acara lompat dan tiga acara baling atau Iontar dipertandingkan pada peringkat sekolah dan oleh kaum wanita.Kecuali lompat bergalah dan lontar tukul besi, acara-acara lain turut rnenjadi acara olahraga untuk peringkat sokolah dan khususnya kaum wanita.

         Walau bagaimanapun peralatan yang digunakan untuk ketiga-tiga acara lontar adalah berbeza-beza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain. Umpamanya, peralatan yang digunakan pada peringkat sekolah lebih ringan dan kecil daripada peralatan yang digunakan untuk peringkat dewasa. Biasanya di peringkat s ekolah pertandingan olahraga serta sukan-sukan lain adalah mengikut peringkat umur seperti bawah 15 tahun, bawab 16 tahun, bawah 18 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 21 tahun.Ini bermakna mereka dalam lingkungan umur yang dinyatakan sahaja dibenarkan mengarnbil bahagian dalam sesuatu peringkat pertandingan. Dengan çara demikian,. pertandingan itu memberi kesempatan kepada setiap peserta yang berbakat herdasarkan peringkat umur tertentu.

            Teknik lontaran dan lompatan yang digunakan oleh peserta pada peringkat sekolah tidak begitu ditekankan. Perkara utama ialah pendedahan mereka kepada sesuatu acara, khususrnya acara padang, dengan penekanan kepada cara rnelakukan dan aturan umum acara. Pada peringkat menengah pula pendedahan mereka ditingkatkan kepada kemahiran dan teknik dalam melakukan sesuatu acara dengan harapan akan meningkatkan prestasi mereka dan akan memperoleh peningkatan yang menggalakkan.

Daripada pengalaman pada peringkat awal lagi, rnurid-murid biasanya menunjukkan potensi yang berbeza-beza. Umpamanya jika seseorang murid itu rnenunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara larian, dia kurang berrninat dalarn acara lompatan atau lontaran, begitu juga jika potensinya Iebih dalarn acara lontaran, dia kurang berminat dalam acara lompatan.Daripada potensi yang ditunjukkan inilah, murid-murid itu digilap dan diberi latihan serta pendedahan dengan mengambil bahagian dalam perjumpaan olahraga dan semasa ke semasa.

Sebagai sukan, sememangnya olahraga merupakan jenis sukan yang berlainan dan penyertaan yamg ramai.Dalam sesuatu perjumpaan sama ada peringkat dunia atau.pun peringkat rantau kebangsaan, diadakan perjumpaan khusus untuk sukan ini. Dengan pelbagai acara yang diper­tandingkan sudah tentu olahraga merupakan gelanggang terbaik untuk dilibatkan diri, terutamanya jika jumlah pungutan pingat dijadikan faktor penentu dalam memastikan prestasi sesebuah negara yang mengambil bahagian. Sukan olahraga boleh dijadikan sukan pengukur yang utama.

Dan segi sambutan penonton dan orang ramai, mungkin di negara kita sukan ini rnasih belum boleh dibangga­kan jika dibandingkan. dengan sukan-­sukan lain seperti bola sepak atau badminton. Sehingga kini bilangan penonton tidak sesuai kejohanan olahraga kebangsaan amat rnenyedih­kan.Walhal menerusi olahraga negara kita berjaya menyumbangkan jumlah pingat terbanyak umpamanya dalarn Sukan SEA. Bagaimanapun pada peningkat antarabangsa, sambutan adalah sungguh menggalakkan.Da!arn kebanyakan perjumpaan olahraga,bilangan penonton kadang-kadang melebihi 50,000 orang.
























No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan