Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Monday, September 22, 2014

Bitara Hoki Slot 6 : Bilangan Pemain dan Fungsi


Bilangan Pemain, Posisi dan Peranan Pemain Hoki

BILANGAN PEMAIN


Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan.
Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini.
Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.






POSISI & PERANAN PEMAIN





POSISI PEMAIN
PERANAN / TANGGUNGJAWAB

STRIKER
(PENYERANG)
Bekerjasama dengan pemain sayap untuk melancarkan serangan. Striker Dalam (inner) yang bermain di tengah padang, dan merupakan penjaring utama.

SAYAP KIRI/KANAN
(PENYERANG)
Bermain di sebalah kiri dan kanan padang dalam kedudukan menyerang. Pemain sayap membawa bola ke garis tepi atau belakang dan melintangkan bola ke dalam petak D untuk mencipta peluang jaringan.

PEMAIN TENGAH
Bermain secara menyerang dan bertahan. Bekerjasama dengan penyerang dan pertahanan. Berperanan mengatur bola dari pertahanan kepada penyerang untuk mencipta peluang jaringan.

PERTAHANAN / SWEEPER
Bertahan di kawasan sendiri. Berperanan mengeluarkan bola dari Petak D dengan menghantar bola kepada pemain tengah. Mereka merupakan barisan terakhir sebelum penjaga gol.

PENJAGA GOL
Bertanggungjawab menghalang sebarang cubaan menjaring pasukan lawan. Menggunakan sebarang bahagian badan untuk menghalang bola daripada masuk di kawasan D, dan di luar Petak D, stik sahaja boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan