Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Thursday, October 21, 2010

Keselamatan SKSM - Ibu Bapa/Penjaga

Bahagian 2- Peranan ibu Bapa

Keselamatan Murid-murid terletak di bahu ibu bapa/penjaga. Merekalah orang pertama yang murid jadikan contoh didalam kehidupan mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting diperingkat kekeluargaan didalam membentuk peribadi dan nilai-nilai murni di dalam jiwa murid-murid.

Ibu bapa perlu mendidik anak agar sentiasa menitikberatkan keselamatan dalam apa jua keputusan yang dibuat. Sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab memastikan yang keselamatan anak berada di tahap paling utama sekali ketika ingin menghantar anak ke sekolah.

Jika menghantar anak dengan bermotorsikal,pastikan yang motorsikal itu berada dalam keadaan yang sempurna,mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans dan paling penting sentiasa memakai topi keledar.Jika mempunyai bilangan anak yang ramai jangan sesekali membawa lebih daripada seorang pembonceng.Jika lebih maka bahaya yang datang tidak boleh kita jangkakan.

Seelok-eloknya jika bilangan anak ramai hantarlah anak anda dengan kereta.ini lebih selamat.Jika berkereta pastikan anda memberhentikan kenderaan di tempat yang sepatutnya apabila sampai di kawasan sekolah.Jangan mengganggu lalu lintas dihadapan kawasan sekolah dengan memberhentikan kenderaan anda secara tiba-tiba.

Ikut laluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Semua ini bagi memastikan yang keselamatan murid-murid sentiasa diutamakan.
Cuba kita lihat bagaimana ibu bapa yang mengabaikan aspek keselamatan ketika menghantar dan mengambil anak.

kebanyakkannya hanya ibu bapa sahaja yang memakai topi keledar tetapi anaknya tidak..........
Kesalahan - Tidak memakai topi keledar

Kesalahan : Tidak Memakai topi keledar dan tidak mematuhi lampu isyarat


Kesalahan : Tidak memakai topi keledar (Ibu bapa)


Hanya ibu sahaja memakai topi keledar .Bagaimana dengan anaknya.


Cantik bergaya sungguh motor besar tapi sayang,anaknya tidak memakai topi keledar hanya bapanya sahaja.

Kesalahan: Membawa muatan lebih dan tidak memakai topi keledar.Hanya ibu sahaja memakai topi keledar,dua org anaknya,bagaimana ?

Lagi kesalahan tidak memakai topi keledar dan membawa lebih pembonceng

Tidak mengira siapa, kemalangan tidak berbau,ingatlah sebelum terlambat...

1 comment:

  1. komen anda amat diperlukan untuk tindakan selanjutnya ....

    ReplyDelete

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan