Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Friday, October 22, 2010

MENGAPA PULAU TUBA?

MENGAPA PULAU TUBA SESUAI UNTUK PENDIDIKAN LUAR

1.    Perbelanjaan ke Pantai Merdeka dan Pulau Tuba tidak jauh beza iaitu lebih kurang RM 100 sahaja.

2.    Merasai pengalaman PL yang sebenar dan yang sepatutnya dilalui oleh peserta sesuai dengan kursus yang sedang diikuti.


3.    PGSR adalah kursus peringkat Ijazah Pertama. Jadi amat sesuai dipilih lokasi yang mencabar dan menarik untuk memberi motivasi kepada peserta dalam menimba ilmu sejajar dengan taraf KSAH sebagai sebuah IPG yang setanding dengan IPG lain.

4.    Pelajar PGSR adalah guru-guru yang berpengalaman dan sudah biasa dengan perkhemahan.Kita perlukan tempat yang dapat memberikan lebih kemahiran yang diperlukan bagi seorang guru yang lebih mencabar dari segi mental dan fizikal.


5.    Peserta PGSR PJ terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dari luar negeri Kedah iaitu Perak dan Selangor. Pulau Langkawi dapat memberi persepsi yang positif tentang negeri Kedah berbanding Pantai Merdeka yang tidak menggalakkan percambahan minda.

6.    Langkawi memang kaya dengan sejarahnya, kaya dengan keindahan flora dan fauna terutamanya pulau dan laut yang cantik dan bersih. Kita perlukan sebuah lokasi yang dapat memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman baru agar peserta PGSR PJ dapat disediakan bagi menghadapi cabaran dunia pendidikan masa kini yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek serta sosial .Pengalaman di sana akan memberi sesuatu pengalaman yang amat berbeza.



7.    Terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan di Pantai Merdeka tetapi ada di Pulau Tuba seperti abseiling, repeiling,survival, snorkeling, meneroka ke dalam gua dan kembara ilmiah.Kesemua aktiviti ini ada dalam sukatan atau modul Pendidikan Luar.

8.    Aktiviti air juga dirasakan kurang sesuai di Pantai Merdeka kerana airnya yang kotor dan keruh serta pantai yang berselut / berlumpur.


9.    Kita perlukan tempat yang tiada gangguan persekitaran seperti orang awam,kenderaan yang lalu-lalang,kedai makan/runcit dan sebagainya yang tidak menggambarkan keadaan yang semulajadi.

10. Dalam menjalankan aktiviti luar seperti ini cabaran bermula dari awal iaitu persiapan awal,perjalanan (journey) yang mencabar,bagaimana mengurus dan mengelola alatan dan sebagainya.Kalau di Pantai Merdeka kita tidak merasainya kerana terlalu dekat.


11. Mengambilkira persiapan yang telah dibuat oleh peserta yang telah banyak berbelanja untuk membeli harversack yang mahal dan sesuai untuk perjalanan jauh  serta peralatan lain.

12. Untuk memberi pengalaman dan kenangan sekali seumur hidup agar PL yang dilalui benar-benar meninggalkan kesan dan impak yang mendalam kepada setiap perserta.


13. Mengetahui dan mempelajari tentang budaya setempat iaitu  penduduk di Pulau Tuba yang mana ramai tidak mengetahuinya.Satu pengalaman baru yang tidak ternilai harganya.
Dicatat Oleh ....Fendi ( ketua kelas PGSRPJ )

1 comment:

  1. Amacam...boleh tara tu...nak tambah apa lagi..sat gi pengarah pening pulak..terus buat kat bukit pulako....

    ReplyDelete

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan